Lebih 400 Kubur Purba Mengadap Kiblat Ditemui Di Sepanyol, Dipercayai Dari Era Pemerintah Kerajaan Islam
Sebuah nekropolis Islam Kuno yang mengandungi lebih dari 4, 500 mayat telah ditemui di timur laut Sepanyol, ahli arkeologi juga dilaporkan menggali kebih dari 400 kubur di kawasan seluas lima hektar itu.
Memetik laporan CNN, makam itu ditemui di tanah perkuburan abad ke-8 di bandar Tauste, berhampiran Zaragoza di Aragon.
Para penyelidik dari Universiti Negara Basque berkata bahawa dari tahun 711 hingga 1492, sempadan utara Kristian dan selatan Islam berubah secara berterusan dengan penguasaan kedaulatan yang berubah.
Proses penggalian pertama di tapak tersebut pada tahun 2010 membongkar nekropolis seluas lima hektar.
Sebanyak 44 kerangka ditemui semasa penggalian yang lebih kecil pada tahun-tahun berikutnya, diikuti penemuan sebanyak 400 kubur pada tahun ini selepas pihak berkuasa menggali secara besar-besaran di kawasan itu.
Semua kerangka itu dikuburkan mengikut adat istiadat Islam, diposisikan ke kanan dan menghadap tenggara iaitu ke arah Mekah.
Pakar percaya bahawa penemuan itu akan mencabar anggapan mengenai penempatan orang Islam di kawasan itu.
“Kita dapat melihat budaya Muslim dan kehadiran Islam di kawasan ini lebih penting daripada yang kita sangka.
“Kita juga dapat menyaksikan bahawa terdapat penduduk Islam yang besar di Tauste sejak awal kehadiran umat Islam di Sepanyol, ” kata Gimenez.
Sumber: CNN
Jom tengok video di Youtube Siakap Keli dan subscribe.
The post Lebih 400 Kubur Purba Mengadap Kiblat Ditemui Di Sepanyol, Dipercayai Dari Era Pemerintah Kerajaan Islam appeared first on Siakap Keli.
No comments: