Ads Top

Lah Ahmad Rasa Lebih Seronok Dengan Hasilkan Album Fizikal

Di kala majoriti penyanyi sekarang ini yang lebih menjurus kepada penghasilan album digital, lain pula pendekatan yang dibuat oleh Lah Ahmad.

Untuk album terbaharu anggota kumpulan VE berkenaan berjudul Selamat Datang Cinta, dia masih lagi menghasilkan album fizikal berbentuk CD.

“Ramai yang bertanya kenapa saya masih buat CD, tetapi saya rasa seronok kerana ‘rasa’ ada keberkatannya bila serahkan sendiri kepada seseorang itu.

“Zaman sekarang ni ramai yang selesa dengan cara digital, namun sebagai orang lama saya lebih senang dengan style lama. Bagaimanapun, album ini juga akan dihasilkan dalam bentuk digital,” ujarnya.

Bercerita lebih lanjut mengenai album berkenaan, Lah memberitahu dia turut bekerjasama dengan beberapa artis muda seperti Aina Abdul dan Haqiem Rusli.

Di dalam album tersebut, Lah bekerjsama dengan beberapa artis muda antaranya Aina Abdul dan Haqiem Rusli.

Menurut Lah, pengalamannya bekerja dengan golongan penyanyi muda memang berlainan dengan eranya dahulu.

“Sekarang artis-artis baharu akan terus mengeluarkan lagu mereka ke platform digital dan laman sosial.

Album Selamat Datang Cinta hadir dengan tujuh buah lagu antaranya ialah Selalu Denganku, Sejarah dan Tunggu Kamu yang menampilkan penyanyi muda, Aina Abdul. – KopiPlanet.com

The post Lah Ahmad Rasa Lebih Seronok Dengan Hasilkan Album Fizikal appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.