Ads Top

Da’i Syed Mahu Saman Individu Yang Lempar Fitnah Terhadap Dirinya

Pendakwah dan penyanyi Da’i Syed telah membuat keputusan untuk mengambil tindakan saman terhadap individu yang telah melemparkan fitnah terhadap dirinya berhubung dakwaan kes rogol.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Instagram miliknya, dia menafikan sekeras-kerasnya kenyataan-kenyataan fitnah yang telah dibuat dan disebarkan.

“Saya amat berasa tertekan dan sedih dengan kenyataan-kenyataan fitnah yang dibuat itu. Namun untuk menjunjung semangat berani kerana benar dan sebagai langkah awal, saya terus membuat laporan polis.

“Rakaman percakapan saya juga telah direkodkan oleh pegawai penyiasat PDRM untuk membantu siasatan berkaitan jenayah siber yang mungkin dilakukan terhadap saya oleh beberapa pengguna akaun Twitter,” ujarnya.

Menurut Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Jamalullail, dia juga telah berbincang dengan pasukan peguamnya untuk mempertimbangkan beberapa tindakan undang-undang yang boleh diambil terhadap individu-individu yang tidak bertanggungjawab.

“Ini termasuklah tuntutan saman fitnah bagi mendapatkan ganti rugi berbentuk wang ringgit terhadap kerosakan ke atas imej dan reputasi saya sebagai figura awam.

“Perbincangan telah memasuki fasa akhir dan pasukan peguam saya telah memulakan tugas-tugas menyiapkan deraf kertas kausa dan pengumpulan maklumat,” ujarnya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai status yang dimuat naik oleh bapanya di Facebook, dia mendedahkan bawah hubungan mereka berdua mula keruh sejak tahun 2016.

Ujarnya, antara sebab utama perkara tersebut kerana bapanya yang tidak bersetuju dia menyertai rancangan Da’i yang ditayangkan di sebuah stesen televisyen. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Da’i Syed

The post Da’i Syed Mahu Saman Individu Yang Lempar Fitnah Terhadap Dirinya appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.