Ads Top

BTS Menang 4 Trofi MTV EMA Awards 2020

Kumpulan BTS menang besar pada majlis anugerah MTV Europe Music Awards (EMA) 2020 apabila berjaya membawa pulang empat trofi daripada lima pencalonan yang diterima mereka.

BTS yang dianggotai V, RM, Jungkook, Jimin, Suga, J-Hope dan Jin menewaskan nama-nama besar lain menerusi kategori Best Group, Best Virtual Live (Bang Bang Con), Biggest Fan dan Best Song menerusi single terbaharu mereka, Dynamite.

Mengulas mengenai kemenangan tersebut menerusi rakaman video kepada pihak MTV, RM menyatakan, “Kami akan terus bekerja keras agar BTS dapat memberikan muzik yang boleh menyentuh hati ramai orang di luar sana.”

MTV EMA 2020 juga menobatkan penyanyi Lady Gaga sebagai Best Artist yang mana dia berjaya menewaskan pesaing seperti Dua Lipa, Harry Styles, Justin Bieber, Miley Cyrus dan The Weeknd.

Anugerah yang diadakan secara virtual itu dihoskan oleh kumpulan Little Mix yang turut membawa pulang trofi Best Pop. Pemenang setiap kategori ditentukan 100 peratus menerusi undian peminat dari seluruh dunia. – KopiPlanet.com

The post BTS Menang 4 Trofi MTV EMA Awards 2020 appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.