Ads Top

Amira Othman Sanggup Lepaskan Job Lakonan, Kini Sedang Jalani Kuarintin

Biarpun tidak mempunyai kontak rapat dengan Alif Satar, penyanyi dan pelakon Amira Othman membuat keputusan untuk menolak satu job lakonan yang diterimanya.

Berkongsi di Instagram miliknya, bintang Akademi Fantasia itu juga telah memilih untuk menjalani kuarintin,

“Hari ini saya ada shoot dengan @globalstationsb sepatutnya, tapi atas kebaikan bersama saya terpaksa lepaskan kerja ni walau say takde close contact dengan Abg Aliff still sy rasa bertanggungjawab sebagai orang yang sama sama kena quarantine sebab melibatkan orang lain in case apa-apa hal kan.

“Duit boleh carik, kesihatan & nyawa kite ni Allah bagi kenalah jaga elok-elok. So stay safe everyone! Jangan salam2-salam or peluk-peluk bagi yang perempuan. Please jaga diri masing-masing,” tulisnya.

Amira merupakan antara penyanyi yang membuat persembahan di Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 (SFMM35) pada Jumaat lalu, di mana Tarikh yang sama Alif membuat persembahan.

Sebelum ini, Alif dilaporkan telah disahkan positif Covid-19. Malah, SFMM35 episod 3 yang sepatutnya berlangsung pada Ahad lalu terpaksa ditangguhkan. – KopiPlanet.com

The post Amira Othman Sanggup Lepaskan Job Lakonan, Kini Sedang Jalani Kuarintin appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.