Ads Top

Aishah Hampir Pitam Ketika Persembahkan Lagu Aku Bidadari Syurgamu

Pentas separuh akhir Muzik-Muzik 35 (SFMM35) kedua yang berlangsung malam tadi menyaksikan penyanyi Aishah menggantikan Datuk Seri Siti Nurhaliza mempersembahkan lagu ciptaan Ippo Hafiz iaitu Aku Bidadari Syurgamu.

Tidak dinafikan, memang ramai yang menantikan gerangan penyanyi yang akan menggantikan Siti menyanyikan lagu OST drama 7 Hari Mencintaiku 2 itu di pentas SFMM35.

Bagaimanapun, ada sesuatu yang menarik dikongsikan oleh Aishah ketika menyanyikan lagu berkenaan apabila dia nyaris pitam.

“Tidak tahu sama ada saya terlalu fokus, penat atau kurang makan, tetapi ketika mula-mula menyanyi, saya angkat kepala sahaja terus rasa berpusing. Kepala saya pening dan badan saya rasa terhuyung hayang dari verse pertama dan verse kedua.

“Mungkin kerana terlalu fokus dan tarik nafas terlalu dalam sehingga saya merasakan sudah hilang keseimbangan badan ketika itu,” kongsinya menerusi Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Aishah juga memberitahu berasa agak tertekan memandangkan persiapan yang dibuat hanya bermula pada Isnin lalu setelah mendapat lagu berkenaan.

“Bertambah stress dan berat tugasannya. Hari Isnin dapat lagu, Selasa baru jumpa Ippo, Rabu terus rehearsal. Khamis fitting baju, Jumaat duduk diam2 kat hotel utk study.

“Dari mula study lagu,kaki tangan sentiasa sejuk, cold with anticipation and nerves doa doa doa,supaya tak buat mistake (paling mustahak dlm pertandingan) Memang tak boleh buat apa2 lain, tapi ABS,ABS,ABS… sampai Mek Jah pun dah kenal lagu tu,” jelasnya.

Sementara itu, Siti menerusi Insta Stories miliknya meluahkan rasa terharu apabila Aishah menyanyikan lagunya itu.

“Terharu… sebelum ini saya yang menyanyikan lagu idola saya. Hari ini satu penghormatan Kak Aishah sudi menyanyikan lagu saya.

“Lagenda yang sangat saya hormati… terima kasih Kak Aishah,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Aishah Hampir Pitam Ketika Persembahkan Lagu Aku Bidadari Syurgamu appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.