Ads Top

#69 – Gunakan Media Sosial Dengan Beretika

Setiap orang pasti mempunyai sekurang-kurangnya satu akaun media sosial, sama ada Facebook, Instagram mahupun Twitter.

Bahkan, bayi yang baru lahir juga pasti mempunyai sebuah akaun yang diciptakan khusus oleh ibu bapa mereka.

Ini membuktikan bahawa kepesatan teknologi hari ini telah sampai kepada semua peringkat umur. Jika dulu, hanya golongan muda sahaja akan terjebak dengan budaya ini kerana keadaan semasa yang mewajibkan mereka seperti disebabkan tugasan universiti dan sebagainya.

Namun, kini penggunaannya adalah secara meluas. Semua orang boleh menggunakannya. Ditambah pula dengan keadaan semasa yang dilanda COVID-19 membuatkan kita perlu menjaga penjarakan fizikal, pasti media sosial adalah pilihan utama untuk kekal berhubung.

Jadi, disebabkan itu setiap dari kita perlu menjaga etika semasa bergaul dan menggunakan alam maya agar adab-adab pergaulan tidak hilang ditelan zaman.

Antara etika yang perlu diberi perhatian adalah:

#1 – Tidak menyebarkan maklumat peribadi kepada umum

#2 – Menggunakan bahasa yang baik

#3 – Menyebarkan perkara yang betul dan sahih, bukannya yang tidak pasti

#4 – Elakkan menyebarkan perkara berbentuk negativiti dan boleh menimbulkan pergaduhan

#5 – Jadikan media sosial sebagai salah satu sumber untuk mengembangkan bakat dan keperluan diri

#6 – Pilih circle yang positif agar dapat menjaga kesihatan mental dan emosi anda

#7 – Hadkan penggunaan media sosial agar anda tidak ketagih dengannya

#8 – Jauhi akaun yang boleh mengundang ‘toksik’ buat anda

#9 – Sebarkan positiviti agar ramai orang boleh mendapat manfaat darinya

Jadi, bagaimana cara anda menggunakan media sosial dengan penuh beretika?

The post #69 - Gunakan Media Sosial Dengan Beretika first appeared on Tazkirah.




No comments:

Powered by Blogger.