(Video) “Saya Jual Apam Balik..Roti Kukus..” Gaya Suara Sopan & Comel Abang Van Ini Tarik Perhatian Ramai
Dalam usaha mencari rezeki, pasti pelbagai idea dan teknik digunakan untuk memastikan jualan itu laku serta diminati ramai.
Seperti yang tular di media sosial baru-baru ini, seorang penjual yang menjual apam balik menaiki van putih didapati mempromosikan makanannya itu dengan gaya nada yang comel serta sopan.
Kalau lori tilam selalu guna ayat “Tilam tilam, tilam lama tukar baru,”, abang ini pula guna “Saya jual apam balik..” menggunakan suaranya sendiri.
Mari tonton video yang dikongsikan Aiman Zaid ini.
Comel dan sopan betul cara dia promot. Semoga dimurahkan rezeki bro jual Apam Balik, Roti Kukus. Ada extra Coklat lagi.
Area: Meru, Kapar & Setia Alam. pic.twitter.com/qRkvLB14Rq
— Aiman Zaid (@Aiiman_zaid) October 24, 2020
Korang yang berminat nak order Apam Balik, Roti Kukus dan sebagainya, boleh dm @_aidilhafifi . Dia owner nya. Hehe. Alhamdulillah jumpa owner.
— Aiman Zaid (@Aiiman_zaid) October 25, 2020
Ni saya dengan kawan saya bang pic.twitter.com/4RYyfiMZld
— Aidil (@_aidilhafifi) October 25, 2020
Wahhh. Jumpa owner ! Hahaha. Semoga dipermudahkan urusan dan semoga bisnes semakin maju. Aamiin. In shaa Allah
— Aiman Zaid (@Aiiman_zaid) October 25, 2020
Kreatif betul orangnya. Semoga murah rezeki ya.
Sumber: Aiman Zaid
The post (Video) “Saya Jual Apam Balik..Roti Kukus..” Gaya Suara Sopan & Comel Abang Van Ini Tarik Perhatian Ramai appeared first on Siakap Keli.
No comments: