TERKINI: Tiga Kluster Baru COVID-19 Dikesan Hari Ini, Dua Di Kedah & Satu Di Selangor
Putrajaya, 3 Oktober – Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan 3 kluster baharu COVID-19 hari ini.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ketiga-tiga kluster itu melibatkan warganegara Malaysia.
#COVID19: Tiga kluster baharu, iaitu dua kluster Bah Lunas dan Bah Rose di Kedah; satu kluster Jelok di Selangor – KP Kesihatan @DGHisham pic.twitter.com/VsFda4HRz7
— BERNAMA (@bernamadotcom) October 3, 2020
“KKM ingin memklumkan bahawa terdapat 3 kluster baru dikenalpasti hari ini melibatkan dua di Kedah dan satu di Selangor,” katanya.
Berikut merupakan perincian bagi tiga kluster berkenaan.
Kluster Bah Lunas (Kulim)
- Kes indeks melibatkan kes ke-11,471, seorang lelaki warganegara berusia 35 tahun yang pulang dari kawasan berisiko negeri Sabah.
- Kes dikesan posiitf pada 30 September 2020 dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah
- Saringan kontak rapat dapati tiga lagi kes positif dikesan.
- Semua melibatkan warganegara dan dirawat di hospital sama.
- Hingga 3 Oktober, 112 individu telah disaring di mana 4 positif, 21 negatif dan 87 masih menunggu keputusan.
- Punca jangkitan masih dalam siasatan.
Kluster Bah Rose (Kuala Muda)
- Kes indeks, 11,212 seorang lelaki warganegara 48 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah.
- Kes dikesan positif pada 29 September dan dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah.
- Hasil saringan kontak rapat mendapati 7 lagi kes positif COVID-19 telah dikesan.
- Kesemua individu positif kluster ini melibatkan melibatkan warganegara.
- Hingga 3 Oktober, seramai 477 individu telah disaring. Hasil saringan di Kedah (81 orang) mendapati mendapati 7 positif, 69 negatif dan 5 masih tunggu keputusan.
- Daripada 396 disaring di Pulau Pinang, satu daripadanya positif, 71 negatif manakala 324 masih menunggu keputusan.
- Punca masih dalam siasatan.
Kluter Jelok (Selangor dan WP Kuala Lumpur)
- Kes indeks melibatkan kes ke- 11,788, iaitu seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 27 tahun.
- Pesakit dikesan positif melalui saringan individu bergejala pada 1 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.
- Hasil saringan mendapati 3 lagi dikenalpasti positif COVID-19.
- Semua kes baru di dalam kluster ini melibatkan warganegara dan kesemuanya dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan.
- Sehingga 3 oktober, 8 idnvidu telah disaring di mana 4 positif dan 4 negatif COVID-19.
- Punca masih dalam siasatan
Sidang Media: Perkembangan Terkini COVID-19 Di Malaysia
Sidang media oleh YBhg. Tan Sri Dato' Seri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia
Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Saturday, October 3, 2020
Sumber: KKM
The post TERKINI: Tiga Kluster Baru COVID-19 Dikesan Hari Ini, Dua Di Kedah & Satu Di Selangor appeared first on Siakap Keli.
No comments: