Ads Top

Tak Rentas Negeri, Bella Dally Mohon Maaf Atas Kekeliruan Gambar Di Instagram

Pelakon Bella Dally atau nama sebenarnya, Nabilah Ali Dally, 29, hari ini tampil memohon maaf di atas kekeliruan yang disebabkannya susulan perkongsian gambar di laman Instagramnya pada Ahad lalu.

Kekeliruan timbul apabila Bella dikatakan telah mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula 14 Oktober lalu.

Menurut Bella, dia telah selesai memberi keterangan berhubung perkara tersebut kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.

“Apa yang berlaku Ahad lalu (18 Oktober 2020), saya dan seorang rakan melakukan aktiviti riadah berbasikal di sekitar daerah Gombak, Selangor berhampiran Hutan Lipur Sungai Tua yang berdekatan dengan sempadan antara negeri Selangor dan Pahang.

“Satu gambar telah dimuat naik ke Instagram saya dengan kapsyen “Woohoo Genting Sempah with…” dan ia telah menimbulkan kekeliruan sehingga ada yang mendakwa saya telah merentasi antara dua negeri dan melanggar PKPB.

“Saya ambil maklum kekeliruan yang berlaku namun perlu saya jelaskan kami masih berada dalam negeri Selangor dan tidak merentasi sempadan antara dua negeri.

“Jika saya berada di sempadan negeri, sudah tentu ada papan tanda dan garis sempadan antara Selangor dan Pahang untuk rujukan.

“Apapun saya mengambil iktibar atas apa yang berlaku dan memohon maaf atas kekeliruan yang berlaku dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk melengkapkan siasatan.

“Saya memohon maaf sekali lagi dan bersama-sama dengan semua dalam usaha kita memutuskan rantaian jangkitan Covid-19,” kata Bella.

Sebelum ini, menerusi laporan sebuah akbar, pihak polis mengesahkan telah menahan seorang pelakon wanita serta rakannya kerana telah melanggar PKPB kerana merentas negeri tanpa kebenaran ketika melakukan aktiviti berbasikal.

Pelakon itu dan rakannya kemudian telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas selesai memberikan keterangan di IPD Gombak. – KopiPlanet.com

The post Tak Rentas Negeri, Bella Dally Mohon Maaf Atas Kekeliruan Gambar Di Instagram appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.