Ads Top

Pernah Dikecam, Posh Muat Naik Lagi Gambar David Beckham Cium Bibir Anak Perempuan

Tahun lalu, bintang bola sepak dunia, David Beckham teruk dikecam selepas memuat naik gambarnya mencium bibir anak perempuannya, Harper Seven.

Tidak mempedulikan kecaman dan kritikan netizen dari seluruh dunia, kali ini, isteri David, Victoria Beckham pula memuat naik foto mesra suaminya mencium Harper buat tatapan umum menerusi laman Instagramnya.

Dengan kapsyen, “The best daddy”, foto itu memperlihatkan David mencium bibir Harper di hadapan kalungan bunga yang melatari sebahagian besar gambar tersebut.

Sebelum ini, tindakan bekas pemain bola sepak kebangsaan England itu dikecam kerana netizen menyifatkan tindakan mencium bibir anak adalah satu perbuatan yang keterlaluan dan tidak sepatutnya digalakkan kerana ia adalah bahagian tubuh yang disifatkan sulit untuk dicium oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka.

Selain Harper, 9, pasangan ini turut mempunyai tiga lagi anak iaitu Brooklyn, 21, Romeo, 18, dan Cruz, 15. – KopiPlanet.com

The post Pernah Dikecam, Posh Muat Naik Lagi Gambar David Beckham Cium Bibir Anak Perempuan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.