Ads Top

Pelbagai Tayangan Filem Seram Menarik Sepanjang Oktober Di Astro

Pelbagai seleksi filem seram menarik yang boleh anda tonton sepanjang bulan Oktober ini di saluran Astro bagi memeriahkan lagi sambutan Halloween yang disambut pada 31 Oktober setiap tahun.

Dengan teman Turn On The Screams, peminat filem seram boleh menikmati filem-filem seram dari Hollywood, Asia dan tempatan menerusi Astro First, Astro Best, On Demand Store dan Astro Go.

Antara filem seram Hollywood yang ditayangkan ialah The Conjuring, The Conjuring 2, Truth Or Dare, The Hunt, Unfriended, Get Out dan Us.

Manakala filem seram tempatan dan Asia termasuklah, Kelaster, Takut Ke Tak?, The Apartment, Cerita Hantu Asrama, Pee Nak 2, Check in Shock, Detention, Gonjiam Haunted Asylum dan A Tale of Two Sisters.

Selain itu, pelanggan juga berpeluang memenangi hadiah menarik termasuk sebuah TV Pintar Sony berdefinisi 4K Ultra HD, Pembesar Suara Bluetooth Sony, Fon Kepala Sony dan Dompet Sony melalui peraduan Scream and Win yang berlangsung dari 23 Oktober hingga 13 November ini.

Untuk berpeluang menang, pelanggan boleh menyewa dan strim Into The Dark – Jilid 1 hingga 5, siri antologi terbaharu yang menakutkan dan menyeramkan oleh Blumhouse Television, studio penerbitan Hollywood di sebalik filem dan siri seram yang popular termasuk Paranormal Activity, Insidious, Sinister, The Purge, Get Out dan banyak lagi. – KopiPlanet.com

The post Pelbagai Tayangan Filem Seram Menarik Sepanjang Oktober Di Astro appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.