Ads Top

‘Kedah Darul Aman FC’ Nama Rasmi Bola Sepak Kedah, Singkatan ‘KDA’ Atau ‘KDFC’ Belum Diputuskan

ALOR SETAR, 21 Okt – Pasukan bola sepak negeri Kedah menetapkan akan menggunakan nama ‘Kedah Darul Aman FC’ sebagai nama rasmi pasukan, umum Exco Belia dan Sukan Kedah, Mohd Firdaus Ahmad.

“Di peringkat pengurusan, kita mengekalkan nama syarikat iaitu Darul Aman FC dan nama pasukan ialah Kedah Darul Aman FC.

“Dan kita juga membuat penciptaan logo. Kita buka penyertaan kepada mana-mana yang berminat untuk mencipta logo untuk Kedah Darul Aman FC, bolehlah layari Facebook KFA atau dapatkan maklumat melalui media massa kerajaan negeri.

“Oleh itu saya berharap tidak ada spekulasi bahawa kita menutup atau buat perbincangan bersama satu syarikat sahaja,” katanya dalam satu sidang media di Wisma Darul Aman hari ini.

Dalam pada itu, singkatan bagi nama pasukan tersebut masih lagi belum ditetapkan buat masa ini.

“Singkatan belum lagi diputuskan tapi nama sebenar penuh ialah Kedah Darul Aman FC.

“Kalau kita guna nama KDA sahaja pun boleh, KDFC pun boleh. Itu belum lagi diputuskan,” tambahnya lagi.

Jelasnya, nama itu dekat di hati rakyat dan cukup terkenal dalam kalangan peminat-peminat bola.

21102020 SIDANG MEDIA MENTERI BESAR KEDAH

SIDANG MEDIA MENTERI BESAR KEDAH sempena Mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri Kedah21 Oktober 2020Wisma Darul Aman

Posted by Urus Setia Penerangan Darul Aman – UPDA on Tuesday, October 20, 2020

Sumber: FA Kedah

The post ‘Kedah Darul Aman FC’ Nama Rasmi Bola Sepak Kedah, Singkatan ‘KDA’ Atau ‘KDFC’ Belum Diputuskan appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.