Farah Nabilah Selamat Bersalin Anak Lelaki, Belum Sedia Kongsi Nama Anak
Pelakon Farah Nabilah selamat bersalin cahaya mata sulung lelaki di sebuah pusat perubatan swasta di Ampang, Selangor semalam.
Farah atau nama sebenarnya, Farah Nabilah Saipuddin, 28, bagaimanapun masih belum bersedia untuk berkongsikan wajah dan nama yang diberi buat putera sulungnya itu.
“Assalamualaikum semua. Syukur Alhamdulillah Fawaa telah selamat melahirkan bayi sulung lelaki yang sihat pagi tadi (semalam), 22 Oktober 2020, 5 Rabiulawal 1442. Fawaa akan kongsikan nama dan wajahnya bila tiba masanya ya,” tulisnya di laman Instagram miliknya.
“Terima Kasih atas doa yang dititip untuk kami bertiga selama ini. May Allah bless everyone with happiness especially dalam keadaan macam ni. Be safe semua,” tulisnya.
Farah berkahwin dengan juruterbang, Mohammed Amirul Yunus pada 20 Disember tahun lalu.
Pasangan yang sudah berkenalan sejak sembilan tahun lalu itu telah diijabkabulkan di sebuah hotel di Damansara, Selangor. – KopiPlanet.com
The post Farah Nabilah Selamat Bersalin Anak Lelaki, Belum Sedia Kongsi Nama Anak appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: