Ads Top

Doa Buat Bayi Baru Lahir

Menziarahi kenalan atau saudara mara yang baru melahirkan anak sudah menjadi budaya dalam masyarakat di Malaysia. Buah tangan, hadiah atau duit akan diberikan untuk meraikan mereka. Manakala jika pasangan ibu bapa tersebut pula yang ingin melakukan majlis aqiqah atau tahniq, kenalan-kenalan juga akan dijemput bagi meraikan sama.

Selain daripada membawa buah tangan dan mengucapkan tahniah untuk ibu dan juga bayi baru lahir, sebenarnya ada perkara lain yang boleh kita lakukan iaitu membaca doa buat si kecil dan ibunya.

 Untuk bayi lelaki, boleh dibaca:

اللَّهُمَّ إِنِّي أُعِيذُهُ بِكَ وَذُرِّيَّتَهُ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

 Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon perlindungan untuknya dan zuriatnya daripada syaitan yang direjam”.

أُعِيْذُهُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّآمَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَآمَّةٍ  وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَآمَّةٍ

Maksudnya: “Aku memohon perlindungan untuknya dengan kalimat-kalimat Allah dari segala Syaitan, kesusahan, dan pandangan yang jahat.”

 Untuk bayi perempuan, boleh dibaca:

اللَّهُمَّ إِنِّي أُعِيذُهَا بِكَ وَذُرِّيَّتَهَا مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon perlindungan untuknya dan zuriatnya daripada syaitan yang direjam”.

أُعِيْذُهَا بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّآمَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَآمَّةٍ  وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَآمَّةٍ

Maksudnya: “Aku memohon perlindungan untuknya dengan kalimat-kalimat Allah dari segala Syaitan, kesusahan, dan pandangan yang jahat.”

Dikatakan bahawa Saidatina Aisyah R.anha meriwayatkan daripada Rasulullah SAW mendoakan seorang kanak-kanak:


اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ بَاسا [بَارًا] رَشِيدًا وَأَنْبِتْهُ فِي الإِسْلَامِ نَبَاتًا حَسَنًا

Maksudnya: “Ya Allah! Aku bermohon engkau jadikan anak ini anak yang baik, berani dan cergas, serta besarkanlah ia dalam Islam dengan baik.”

Doa-doa ini boleh dibaca agar Allah memberikan kebaikan dan perlindungan buat bayi tersebut, kerana dikatakan bahawa tidak ada seorang pun anak Adam yang terlepas daripada gangguan syaitan saat ia dilahirkan selain Maryam dan juga anaknya. Bahkan, Rasulullah SAW sendiri mendoakan keselamatan dan perlindungan buat cucu-cucu baginda, Saidina Hasan dan Hussein.

Sumber rujukan:

Mufti Wilayah Persekutuan

The post Doa Buat Bayi Baru Lahir first appeared on Tazkirah.




No comments:

Powered by Blogger.