Ads Top

Angelina Jolie Larang Brad Pitt Jumpa Anak-Anak Mereka

Pelakon Angelina Jolie dikatakan telah melarang bekas suaminya, Brad Pitt untuk berjumpa anak-anak mereka kerana bimbang pelakon itu menyebarkan virus Covid-19. Brad Pitt sebelum ini telah bercuti bersama-sama dengan bekas kekasihnya, Nicole Poturalski di Perancis.

Dipetik dari US Weekly, Angelina tidak mahu anak-anak mereka berisiko terkena Covid-19 dan telah memaksa suaminya itu menjalani kuarintin selama 14 hari setelah kembali bercuti.

 “Angelina memaksa Brad untuk menjalani kuarintin selama 14 hari setelah ia kembali dari Perancis.

“Dia mengatakan terpaksa berbuat demikian kerana ada kenaikan kes di negara tersebut. Jadi, dia tidak mahu mengambil risiko sekiranya anak-anak mereka berisiko tinggi dijangkiti virus berkenaan,” jelas sumber terdekat pelakon berkenaan.

Sementara itu, Brad Pitt sendiri dilaporkan telah memendekkan tempoh kuarintinnya setelah menjalani dua kali ujian.

Bagaimanapun, Angelina tetap meminta bekas suaminya supaya kuarintin dalam tempoh yang ditetapkan dan kemudian telah dipersetujui oleh Brad. – KopiPlanet.com

The post Angelina Jolie Larang Brad Pitt Jumpa Anak-Anak Mereka appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.