Ads Top

#31 – Amalan Bersama Keluarga Yang Boleh Dilakukan Pada Hari Jumaat

Pelan Efisien 100 Hari

Apabila tibanya hari Jumaat, pasti setiap dari kita mempunyai banyak perancangan tentang amalan dan ibadah yang ingin dilakukan.

Kita sedia maklum bahawa Jumaat merupakan penghulu segala hari kerana di dalamnya terkandung seribu satu keberkatan dan rahmat.

Disebabkan itu, anjuran untuk memperbanyak dan menggandakan amalan pada hari ini sentiasa diperingatkan sama ada amalan untuk diri sendiri mahupun kepada orang sekeliling.

Namun, jadual harian buat yang bekerja pada hari Jumaat lebih padat sedikit berbanding dengan mereka yang cuti pada hari ini.

Tetapi, itu tidaklah memberi halangan untuk anda dan keluarga mensia-siakan peluang dan berkah di hari Jumaat.

Pelan kali ini akan berkongsi kepada anda beberapa amalan yang boleh dilakukan bersama keluarga apabila menjelangnya hari Jumaat.

Di samping anda beramal, ia juga boleh membantu mengekalkan keharmonian rumah tangga anda.

#1 – Bangun di awal pagi dan melakukan solat Subuh secara berjemaah.

#2 – Mandi sunat Jumaat

#3 – Mengajak ahli keluarga membaca surah Al-Kahfi bersama

#4 – Mengajak ahli keluarga memperbanyakkan selawat dan zikir terutamanya selepas menunaikan solat

#5 – Membaca Yaasin dan diniatkan sedekah kepada ahli keluarga dan saudara yang telah tiada

#6 – Mempraktikkan makan bersama sama ada ketika bersarapan mahupun waktu makan malam

#7 – Jika ada masa terluang, luangkan sejenak untuk membacakan sirah Rasulullah bagi menambah kecintaan kepadanya

Aktiviti-aktiviti ini adalah sunnah yang mudah dan ringkas untuk diamalkan. Curilah masa sejenak untuk meraikan keberkatan Jumaat bersama ahli keluarga anda. Semoga rumah tangga anda sentiasa dilimpahi rahmatNya.

#Menuju2021
#PE1H

The post #31 - Amalan Bersama Keluarga Yang Boleh Dilakukan Pada Hari Jumaat first appeared on Tazkirah.




No comments:

Powered by Blogger.