Ads Top

#30 – Sifat Yang Ada Pada Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary Untuk Berjaya

Pelan Efisien 100 Hari

Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan pada tahun 1951 di Alor Setar, Kedah. Beliau merupakan anak ketiga daripada tujuh orang adik-beradik dan mereka hidup dalam keadaan serba kekurangan.

Sebenarnya, keluarga beliau berasal dari Hadhramaut, Yaman. Sebelum menetap di Kedah, bapanya telah mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga dan seterusnya ke Thailand.

Kemudian, pada pertengahan tahun 40-an, bapa beliau mengambil keputusan untuk menetap di Alor Setar, Kedah. Dan pada tahun 1946, barulah bapanya mendirikan rumah tangga.

Beliau memulakan pendidikannya di sebuah sekolah di Alor Setar. Ketika berumur 9 tahun, beliau telah mendapat pendidikan di Johor Bahru kerana tinggal bersama-sama bapa saudaranya.

Beliau telah kembali ke Alor Setar apabila berusia 14 tahun dan meneruskan pelajarannya sehingga tingkatan lima.

Disebabkan keadaan keluarganya yang kurang berkemampuan, beliau telah mengambil keputusan untuk membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga.

Selepas waktu persekolahan pula, beliau telah membantu bapanya mengembala haiwan peliharaan. Dari setiap pekerjaan yang dilalui inilah, beliau banyak menimba ilmu dan pengalaman mengenai keusahawanan.

Ilham untuk berniaga tercetus apabila perniagaan binatang ternakan bapanya merosot akibat wabak yang melanda ketika itu.

Jadi, beliau mula menceburi perniagaan menjual daging secara kecil-kecilan. Beliau membeli daging di sekitar pekan Alor Setar dan kemudian menjualnya semula kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran sekitarnya.

Perniagaan itu membuahkan hasil. Namun, beliau amat suka mengambil risiko dan mencuba perkara baru. Jadi, beliau beralih kepada perniagaan pengangkutan.

Hasil daripada kesabaran dan idea yang dilontarkan untuk memajukan perniagaannya, beliau telah berjaya menubuhkan syarikat, menjual beras, gula, sektor pembuatan dan perkapalan.

Bukan itu sahaja, beliau berjaya menubuhkan Yayasan Al-Bukhary yang bertujuan sebagai salah satu badan kebajikan untuk membantu golongan miskin, menyokong perkembangan seni dan budaya Islam serta menggalakkan persefahaman antara peradaban.

Objektif utama penubuhannya adalah menggalakkan persaudaraan sesama Islam sendiri. Sehingga kini, yayasan ini telah membelanjakan lebih RM300 juta yang disalurkan untuk aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan.

Apa yang boleh dicontohi melalui kisah kejayaan tokoh kali ini? Terdapat banyak pengajaran, antaranya ialah;

#1 – Segera bertindak apabila diuji

#2 – Suka menderma

#3 – Mempunyai komitmen dan azam yang tinggi

#4 – Berani mengambil risiko

#5 – Menyumbangkan pelbagai manfaat untuk semua

#6 – Membuka peluang pekerjaan

#7 – Tidak bergantung kepada satu pelan sahaja

#8 – Berpandangan jauh

#9 – Bijak merebut peluang yang ada

#10 – Tidak mudah putus asa

Sifat-sifat ini bukan sahaja perlu ada dalam diri anda yang ingin menjadi usahawan, namun boleh diaplikasikan oleh semua.

Kerana, orang-orang yang berjaya akan mempunyai sifat positif yang boleh membantu diri mereka ke arah kejayaan.

#Menuju2021
#PE1H

Sumber:
Kajian Mengenai Tokoh Usahawan

The post #30 - Sifat Yang Ada Pada Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary Untuk Berjaya first appeared on Tazkirah.




No comments:

Powered by Blogger.