(Video) Pemandu Bas Payungkan Penumpang Di Setiap ‘Bus Stop’ Ketika Hujan Lebat Raih Pujian Ramai
Bersikap baik terhadap semua manusia sememangnya sifat terpuji yang perlu diterapkan dalam diri semua orang. Perkara ini kerana sikap sedemikian dapat memberikan impak positif terhadap diri seseorang.
Seperti yang dikongsikan di media sosial baru-baru ini, tindakan seorang pemandu bas yang baik hati telah menarik perhatian ramai warganet. Perkara ini adalah kerana pemandu bas dipercayai di Singapura tersebut dikatakan menyediakan payung terhadap penumpangnya ketika hujan turun.
Seorang lelaki melalui akaun Facebook bernama Dini Hashim berkongsikan sikap baik pemandu tersebut yang akan turun daripada bas untuk ‘memayungi’ penumpangnya supaya tidak basah ketika menaiki bas sewaktu hujan lebat.
Menurut portal Mothership, pemandu tersebut terus mengulangi sikap tersebut di setiap perhentian bas. Tambah portal itu, pada satu perhentian bas yang jarak di antara bas dan ‘bus stop’ yang jauh, pemandu tersebut akan turun daripada bas untuk mengambil penumpangnya dengan payung.
‘Situasi menang-menang
Menurut lelaki berkenaan, pemandu bas itu telah mengamalkan sikap tersebut selama bertahun-tahun. Pemandu itu juga menggambarkan keadaan itu adalah ‘win-win situation’ di mana penumpang tidak basah dan bahagian dalam bas yang dipandunya kekal kering.
Sikap yang ditonjolkan oleh pemandu bas berkenaan telah meraih perhatian warganet yang memuji dan yang nyata kagum dengan sikap pemandu itu.
On 14 September at about 1130am, I took SMRT double decker bus number 963 from Seah Im interchange to Woodlands…
Posted by Dini Hashim on Monday, 14 September 2020
Sumber: Mothership, Dini Hashim
The post (Video) Pemandu Bas Payungkan Penumpang Di Setiap ‘Bus Stop’ Ketika Hujan Lebat Raih Pujian Ramai appeared first on Siakap Keli.
No comments: