(Video) Detik-detik Kereta Terbakar Ketika Isi Minyak, Didakwa Berpunca Daripada Telefon Bimbit
Tular satu rakaman video sebuah kenderaan terbakar ketika isi minyak di media sosial, dipercayai di Indonesia.
Menurut Kompas.com, dakwaan yang berlegar di media sosial mengatakan insiden tersebut berpunca daripada penggunaan telefon bimbit di dalam kenderaan ketika sedang mengisi minyak. Bagaimanapun dakwaan berkenaan tidak dapat disahkan.
Berdasarkan rakaman yang tular itu, kebakaran kelihatan berpunca daripada bahagian depan kereta. Menurut Kompas.com lagi, jika diamati video berkenaan, kendengaran bunyi satu letupan berlaku.
Seorang lelaki dipercayai pemandu kemudian dilihat bergegas keluar dari kenderaan dan sebelum masuk kembali serta memandu keretanya menjauhi kawasan pam minyak.
CCTV kemudian merakam api marak yang mula muncul membakar kereta berkenaan.
Tindakan berani pemandu berkenaan menolak keretanya menjauhi pam minyak dipuji rata-rata netizen yang menganggap pemandu tersebut sebagai individu yang tidak mementingkan diri sendiri.
Saksikan video insiden berkenaan di bawah.
Perlu diingat, bahwa salah satu larangan keras di SPBU adalah menggunakan atau mengoperasikan ponsel. Menurut pihak SPBU, perangkat di dalam ponsel dan jaringan dapat memicu terjadinya percikan api – #Otomotif #VideoKompas pic.twitter.com/4AvNkxm2OR
— Kompas.com (@kompascom) September 16, 2020
Sumber: Kompas.com
The post (Video) Detik-detik Kereta Terbakar Ketika Isi Minyak, Didakwa Berpunca Daripada Telefon Bimbit appeared first on Siakap Keli.
No comments: