(Video) “Ada Bulu Pendek Di Sisi,” Cacing Didakwa Lebih 1 Meter Ditemui, Timbulkan Tanda Tanya Dalam Kalangan Warganet
Seorang lelaki mendakwa menemui seekor cacing besar dipercayai boleh sepanjang 1.5 meter di jalan berhampiran pintu masuk di Lower Peirce Reservoir, Singapura pada 13 September lalu.
Memetik laporan Mothership, Riann Goettl Seymour dan rakannya telah mencuba untuk memindahkan cacing ke pinggir rumput di sisi jalan untuk mengelakkannya dari dipijak.
Dia juga telah memuatnaik gambar dan video cacing berkenaan ke dalam page Facebook Nature Society Singapore dan mendapat perhatian dari warganet. Rata-rata dari mereka tertanya-tanya mengenai makhluk itu.
Seorang pengguna Facebook berpendapat bahawa cacing itu berkemungkinan merupakan cacing tanah Giant Gippsland yang boleh membesar sehingga 1.5 meter. Pun begitu, spesies ini merupakan endemik di Victoria, Australia dan tidak dapat dijumpai di tempat lain di dunia.
Namun, seperti yang dilihat dari gambar tersebut, cacing itu mempunyai bulu pendek di sisinya, ciri yang kurang dimiliki oleh cacing tanah.
Tidak cuma itu, ada juga yang berkata bahawa tu mungkin merupakan Polychaetes yang merujuk kepada sekumpulan besar lebih daripada 10,000 spesies cacing yang kebiasaannya mendiami air laut. Ia juga turut dikenali sebagai cacing bulu.
Penemuan itu bagaimanapun telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan warganet yang melihatnya.
Posted by Riann Goettl Seymour on Sunday, 13 September 2020
Sumber: Mothership
The post (Video) “Ada Bulu Pendek Di Sisi,” Cacing Didakwa Lebih 1 Meter Ditemui, Timbulkan Tanda Tanya Dalam Kalangan Warganet appeared first on Siakap Keli.
No comments: