Ads Top

(Video) Cantik Tapi Seram, Foto-foto Perkampungan Dalam Gunung Berapi Aktif Di Jepun

Pelik tapi benar. Siapa sangka sebuah pulau yang pernah terkesan akibat letusan besar gunung berapi kini menjadi sebuah perkampungan yang indah bagi kira-kira 170 penduduk di Jepun.

Biarpun Aogashima pernah terbiar tanpa penduduk selama 50 tahun selepas letusan pada Mei 1785, kini masih ada yang memilih untuk tinggal di sana.

Bagi mereka, kejadian pada 1785 yang menyebabkan terbentuknya muka bumi seperti hari ini merupakan sejarah yang sentiasa terpahat di ingatan. Lebih separuh daripada 327 penduduk pulau dilaporkan terkorban kerana tidak sempat melepaskan diri daripada tragedi berkenaan.

Malah, Jabatan Meteorologi Jepun mengklasifikasikan gunung tersebut antara 110 gunung berapi yang masih aktif di sana.

Pun begitu, mereka tetap memilih untuk tinggal di perkampungan subur dan damai berkenaan.

Kini, Aogashima telahpun menjadi salah satu tapak perkhemahan bagi para pelancong yang ingin melarikan diri dari kesibukan kota. Lokasi tersebut juga mempunyai fasiliti seperti sauna geoterma dan lubang geoterma yang boleh digunakan untuk memasak telur dan kentang.

Kredit: Google
Kredit: Google
Kredit: Google
Kredit: Google
Kredit: Google
Kredit: Google

Sumber: Smithsonian Magazine, Go Tokyo

The post (Video) Cantik Tapi Seram, Foto-foto Perkampungan Dalam Gunung Berapi Aktif Di Jepun appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.