TERKINI: Kerajaan Umum BPN 2.0 RM600 Isi Rumah, RM300 Bujang Untuk Golongan M40
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi perutusan khas hari ini memaklumkan bahawa Bantuan Prihatin Nasional 2.0 akan disalurkan kepada rakyat.
Menurutnya, sebanyak 10.6 juta penerima akan mendapat manfaat dari bantuan ini.
“Mengambil kira segala kesukaran yang masih dihadapi oleh rakyat, kerajaan mengambil keputusan untuk menyediakan bantuan tambahan untuk rakyat melalui pemberian tunai tambahan di bawah Bantuan Prihatin Nasional 2.0 dengan peruntukan hampir 7 bilion ringgit.
“RM 600 akan disalurkan kepada hampir 1.4 juta penerima isi rumah M40 dan RM 300 kepada 1.7 juta kumpulan M40 bujang,” katanya.
Bayaran BPN 2.0 ini akan dibuat dalam dua ansuran iaitu yang pertama pada bulan Oktober 2020 dan kedua pada bulan Januari 2021.
[LANGSUNG] – Perutusan Khas Kita Prihatin oleh PM Tan Sri Muhyiddin Yassin | 23 Sept 2020
[LANGSUNG] – Perutusan Khas Kita Prihatin oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin | 23 Sept 2020Posted by Bernama TV on Tuesday, September 22, 2020
Sumber: BERNAMA TV
The post TERKINI: Kerajaan Umum BPN 2.0 RM600 Isi Rumah, RM300 Bujang Untuk Golongan M40 appeared first on Siakap Keli.
No comments: