Ads Top

TERKINI: Bantuan Prihatin RM500 Kepada Individu Bujang Golongan B40

Kerajaan akan memberikan bantuan tambahan kepada rakyat iaitu melalui pemberian tunai tambahan di bawah Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 dengan peruntukan hampir RM7 bilion.

Perkara tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi siaran langsung Perutusan Khas Kita Prihatin oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebentar tadi.

Jumlah bantuan yang akan disalurkan di bawah BPN 2.0 adalah seperti berikut:

Pertama: RM1,000 kepada 3.7 juta isi rumah B40;

Kedua: RM500 kepada 3.8 juta kumpulan B40 bujang;

Ketiga:RM600 kepada hampir 1.4 juta isi rumah M40; dan

Keempat: RM300 kepada 1.7 juta kumpulan M40 bujang

Menurut Muhyiddin, bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran, pertamanya pada hujung bulan Oktober 2020 dan keduanya, pada bulan Januari 2021.

Bagi golongan B40, bayaran ansuran pertama bulan Oktober adalah sebanyak RM700 dan keduanya, pada bulan Januari 2021 adalah sebanyak RM300.

Tambah beliau, tiada permohonan yang perlu dibuat untuk mendapatkan bantuan BPN 2.0. Kerajaan akan menyalurkan bantuan secara terus kepada 10.6 juta penerima yang telah diluluskan di bawah BPN sebelum ini.

Bagi mereka yang layak tetapi tidak pernah menerima BPN, kerajaan akan memberi peluang untuk rayuan dan permohonan baharu.

[LANGSUNG] – Perutusan Khas Kita Prihatin oleh PM Tan Sri Muhyiddin Yassin | 23 Sept 2020

[LANGSUNG] – Perutusan Khas Kita Prihatin oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin | 23 Sept 2020

Posted by Bernama TV on Tuesday, September 22, 2020

Sumber: Siaran Langsung Perutusan Khas PM

The post TERKINI: Bantuan Prihatin RM500 Kepada Individu Bujang Golongan B40 appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.