TERKINI Covid-19: 23 Kes Positif Baharu Hari Ini Libatkan 13 Kes Tempatan Dan 10 Kes Import
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 6 kes sembuh. Ini menjadikan jumlah kumulatif ke sembuh adalah 9209 kes. Setakat hari ini, 15 September 2020 terdapat pertambahan 23 kes baharu di negara kita.
Perkara ini disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham pada sidang media perkembangan kes Covid hari ini.
Pertambahan kes baharu sebanyak 23 kes telah menukar angka kes kumululatif kes positif kepada 9969 kes. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 13 kes adalah ke tempatan manakala kes import adalah 10 import. Jumlah kes aktif meningkat kepada 632 kes.
Menurut Dr Noor Hisham, tiada kes baharu terdapat di Kedah tetapi kesemua kes tempatan adalah di Sabah.
KKM juga melaporkan bahawa tiada pertambahan kes kematian. Jumlah kes kematian kekal kepada 128 kes.

Terkini: 15 Sept. Sebanyak 23 kes baharu #COVID19 hari ini iaitu 13 tempatan dan 10 import.
Kes baharu tertinggi adalah di Sabah dgn 13 kes termasuk 8 kes dari kluster baharu, KLUSTER PULAU.
TIADA kes baharu di Kedah hari ini.
— KKMalaysia
(@KKMPutrajaya) September 15, 2020
Sidang Media: Perkembangan Terkini COVID-19 Di Malaysia
Sidang media oleh YBhg. Tan Sri Dato' Seri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia
Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Tuesday, 15 September 2020
Sumber: Sidang Media KKM
The post TERKINI Covid-19: 23 Kes Positif Baharu Hari Ini Libatkan 13 Kes Tempatan Dan 10 Kes Import appeared first on Siakap Keli.
(@KKMPutrajaya)
No comments: