Suasana Pilu, Suami Meraung Peluk Jasad Isteri Terbujur Kaku Atas Jalan Raya Dipercayai Selepas Kemalangan
Hancur luluh perasaan sang suami apabila melihat sekujur tubuh isteri yang disayangi dan dicintainya terbaring kaku di tengah jalan.
Memetik daripada sebuah laman berita tempatan, seorang wanita berusia 23 yang baru melahirkan seorang bayi berusia 7 bulan maut apabila digilis lori dalam satu kemalangan ngeri di jalan arah Serdang ke Sungai Ular, Kulim.
Difahamkan dalam satu video yang tular, suami mangsa yang lalu di jalan tersebut secara kebetulan meluru terus ke arah jasad isterinya lalu memeluk dan menangis sekuat hati.
Kejadian ini mengundang sebak di dada pembaca, tambahan pula pasangan ini merupakan pasangan Orang Kelainan Upaya (OKU) iaitu Bisu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kulim, Superitenden Azhar Hashim berkatam angsa yang dikenali sebagai Nur Almass Zasmi yang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss dari arah Serdang ke Sungai Ular manakala treler tersebut datang dari arah bertentangan.
Tambahnya lagi, motosikal yang ditunggang mangsa hilang kawalan lalu terbabas dan terjatuh di atas jalan sebelum sebuah lori treler menggilis mangsa dengan tayar belakang.
Mangsa yang cedera parah dikepala maut ditempat kejadian dan mayat dibawa ke hospital Kulim untuk bedah siasat. Kes akan disiasat megnikut seksyen 41(1) APJ 1987.
Sumber: Astro Awani
The post Suasana Pilu, Suami Meraung Peluk Jasad Isteri Terbujur Kaku Atas Jalan Raya Dipercayai Selepas Kemalangan appeared first on Siakap Keli.
No comments: