Ads Top

Perlukah Menyempurnakan Nazar Ibu Bapa Yang Telah Meninggal Dunia

Dalam Islam, nazar adalah janji yang kita buat terhadap diri sendiri untuk melakukan sesuatu. Perkara yang pada asalnya tidak menjadi wajib, diwajibkan ke atas diri sendiri.

Contohnya apabila seseorang itu terlalu inginkan sesuatu perkara, maka mereka berjanji untuk melakukan suatu ibadah kepada Allah SWT.

“Ya Allah, kalau aku dapat kerja, aku akan sedekahkan separuh daripada gaji pertama aku”

Begitu contohnya.

Namun bagaimana pula keadaannya jika kita mengetahui ibu bapa atau ahli keluarga yang telah meninggal dunia mempunyai nazar yang masih belum dilunaskan. Contohnya dalam soal puasa.

Hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA:

ÙˆَØ¥ِÙ†ْ Ùƒَانَ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِ Ù†َذْرٌ Ù‚َضَÙ‰ عَÙ†ْÙ‡ُ ÙˆَÙ„ِÙŠُّÙ‡ُ

Maksudnya: Dan sekiranya ia (si mati) terdapat ke atasnya kewajipan nazar, maka dituntut qada’ daripadanya akan walinya. (Sunan Abi Daud, no.2401)

Seperti yang dinukilkan dalam Mazhab Syafie, sesiapa yang meninggal dunia dan nazar puasanya masih belum ditunaikan maka walinya dituntut untuk menunaikannya, tidak kira dia meninggalkan wasiat atau tidak.

Justeru, jika ada kemampuan untuk melakukan nazar tersebut, perlulah diusahakan sebaik mungkin. Manakala jika nazar tersebut memerlukan penggunaan duit, maka bolehlah diambil daripada harta si mati untuk melunaskannya sebelum dibahagikan kepada ahli waris.

Rujukan:

Mufti Wilayah Persekutuan

The post Perlukah Menyempurnakan Nazar Ibu Bapa Yang Telah Meninggal Dunia first appeared on Tazkirah.




No comments:

Powered by Blogger.