Maksud Malaikat Membentangkan Sayap Untuk Orang Yang Menuntut Ilmu
Jalan menuntut ilmu memang berliku. Ia bukan perjalanan yang sekejap jika ingin benar-benar mendapatkan permata berupa kemahiran dan kearifan dalam bidang yang diceburi. Ada banyak perkara yang perlu dikorbankan sepanjang perjalanan tersebut seperti masa, tenaga, duit dan juga usia.
Lihat sahaja tokoh yang anda kagumi, pasti latar belakang perjalanan pendidikan dan kemahiran mereka berjela panjangnya. Malah orang yang berilmu ini bukan sahaja dikagumi oleh manusia yang melihat malah para malaikat yang sentiasa mendoakannya.
ÙˆَØ¥ِÙ†َّ الْÙ…َلاَئِÙƒَØ©َ Ù„َتَضَعُ Ø£َجْÙ†ِØَتَÙ‡َا رِضًا Ù„ِØ·َالِبِ الْعِÙ„ْÙ…ِ
“Sesungguhnya malaikat meletakkan sayapnya sebagai tanda redha pada penuntut ilmu.” (HR. Abu Daud, no. 3641; Ibnu Majah, no. 223. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadis ini sahih)
Menurut para ulama, para malaikat merendahkan diri kepada penuntut ilmu dan menghormati mereka. Ada pula yang berpendapat bahawa maksudnya di sini adalah malaikat mendoakan orang yang menuntut ilmu kerana membentangkan sayap sama seperti membentangkan tangan untuk berdoa.
Manakala kata Ibnul Qayyim, malaikat meletakkan sayapnya sebagai cara merendahkan dirinya pada penuntut ilmu serta satu cara penghormatan dan pemuliaan kerana mereka telah membawa warisan nabi dalam bentuk ilmu agama.
Lihatlah betapa usaha seorang manusia dalam menuntut ilmu yang benar dalam hidup sangat dipandang tinggi oleh sekalian makhluk, lebih-lebih lagi malaikat yang paling taat dan tidak melakukan maksiat kepada Allah.
Jadi, usah merasakan bahawa usaha menuntut ilmu itu sia-sia sekalipun anda mungkin tidak menggunakan ilmu itu sepenuhnya. Mungkin akan tiba satu masa pengalaman serta pengetahuan anda diperlukan untuk orang lain pula. Dan jangan lupa bahawa malaikat sentiasa mendoakan anda yang menuntut ilmu.
No comments: