Ads Top

Lima Tahun Tanpa Cahaya Mata, Siti Elizad Jalani Rawatan IVF

Setelah lima tahun mendirikan rumah tangga tanpa kehadiran cahaya mata, pelakon Siti Elizad kini mengambil pendekatan dengan menjaqlani rawatan kesuburan Persenyawaan In Vitra (IVF).

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh pelakon berkenaan menerusi laman sosial Instagram miliknya.

Jelas pelakon itu, ketika ini dia baru menjalani rawatan untuk sesi pertama serta perlu mengawal pergerakan serta aktivitinya selepas dua minggu.

“Bismillahirrahmannirrahim , kembali for my ivf journey 🤲🏻 . Ni baru 1st session , 😁 after 2 weeks no more VROOM2 & NO aktiviti lasak doktor ckp 🤪 . To those yg ttc pls come to @sophea_fertility .

“They are very helpful & supportive . Doakan kami ya 🙏🏻 . ( Jadi 2 minggu dr skrg masih boleh jalan2 , vroom2 cuti sana sini lagi 😘 , pastu dah kena simpan vroom2 buat perhiasan),” jelasnya.

Pelakon Siti Elizad berkongsi di laman sosial Instagram miliknya mengenai rawatan IVF yang dijalani untuk mendapatkan cahaya mata.

Sementara itu, beberapa rakan selebriti seperti Lisa Surihani, Awal Ashaari, Ika Nabella, Datuk Ziela Jalil dan Zarina Zainuddin turut meninggalkan komen dan berdoa supaya pelakon berkenaan dikurniakan cahaya mata yang sempurna sifat dan akhlak.

Elizad mendirikan rumah tangga pada 11 Januari 2015 dengan majlis perkahwinan itu dilangsungkan secara tertutup denga kehadiran ahli keluarga terdekat sahaja. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Siti Elizad

The post Lima Tahun Tanpa Cahaya Mata, Siti Elizad Jalani Rawatan IVF appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.