Ads Top

Lelaki Panjat Menara Telekomunikasi Selepas Bergaduh & Muak Dengan Perangai Isteri

panjat menara

Uttar Pradesh – Seorang lelaki di sini memutuskan untuk memanjat menara telekomunikasi dipercayai setelah bertelingkah dengan isteri.

Dalam video tular, seorang lelaki bernama Tej Pal Singh dilihat berada di puncak menara sebelum dipujuk turun oleh pihak polis.

Lapor Gulf News, Tej Pal dikatakan berselisih faham dengan isterinya yang didakwa telah membuat tuduhan palsu ke atas lelaki berkenaan.

Susulan itu, lelaki tersebut mengaku telah cuba memfailkan rungutan kepada pihak polis namun mendakwa dirinya tidak diendahkan.

“Saya bosan dengan isteri. Dia cuba perangkap saya dalam tuduhan palsu tetapi polis tidak mengendahkan saya. Saya ingin akhiri hubungan ini,” katanya.

Pun begitu, apakah tuduhan yang dimaksudkan tidak dijelaskan.

“Mereka suami isteri sebelum ini berkahwin dengan orang lain. Mereka bergaduh kerana sesuatu sebelum lelaki itu memanjat menara. Dia kemudiannya dipujuk untuk turun,” kata wakil polis tempatan.

Sumber: Gulf News, Hindustan Times

The post Lelaki Panjat Menara Telekomunikasi Selepas Bergaduh & Muak Dengan Perangai Isteri appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.