Ads Top

Kongsi Pengalaman Sepanjang Pemulihan Dadah, Radhi OAG Tampil Dengan Radio Online

Merasa terpanggil untuk berkongsi pengalamannya sepanjang menjalani program pemulihan dadah, vokalis kumpulan OAG, Radhi akan melancarkan pop up radio dalam talian, Manthul FM.

Menurut Radhi atau nama sebenarnya, Mohd Radhi Razali, 43, Manthul FM akan dilancarkan pada 10 Oktober ini untuk siaran pertamanya.

“Saya akan masuk studio di Cheras sebagai penyampai radio online yang mana saya boleh labelkan sebagai radio pemulihan pertama di Malaysia. Maksudnya radio ini adalah saluran yang betul untuk orang-orang yang dalam tempoh pemulihan (dadah) seperti saya.

“Saya nak kongsi pengalaman dan saya tidak malu untuk akuinya sebab inilah kehidupan saya sekarang, saya adalah seorang ‘recovering addict’. Saya tidak takut dengan kecaman yang diterima sebab saya kena berterus-terang, mana tahu dengan saya berkongsi ilmu, tempoh pemulihan saya akan sentiasa berterusan sekali gus tidak lagi berpatah balik ke masa silam,” katanya.

Anak Radhi, Aishah juga akan mempunyai slot program radio sendiri iaitu ‘Aishah Kecah’.

Radhi berkata demikian ketika ditemui pada majlis pra pelancaran filem Puteri Gunung Sengkuang yang berlangsung di Hotel Grand Millennium, Kuala Lumpur semalam.

Menariknya, anak perempuan Radhi, Aishah, 5, juga mempunyai segmennya sendiri, ‘Aishah Kecah’ bagi memeriahkan lagi slot program radio yang akan disiarkan menerusi platform Instagram dan YouTube.

> Baca: Putus Cinta Dengan Pelakon Janda Beri Ilham Alfie Zumi Hasilkan Lagu Sudah Ditentu

Dalam pada masa yang sama, Radhi juga berharap dia dapat mengundang beberapa selebriti yang pernah terjebak dengan najis penagihan dadah untuk berkongsi cerita dan memberikan motivasi serta nasihat kepada masyarakat di luar sana.

“Kalau mereka terbuka untuk berkongsi, saya lagi suka. Selalunya, orang kita ni dia ada perasaan malu dan segan nak mengakui benda-benda ni.

“Contohnya, mak saya dulu pun malu dengan kawan-kawan dia semua, tetapi bila kita berterus terang lagi mudah sebenarnya untuk kita move on.

“Alhamdulillah, lama-lama mak saya dah dapat terima dan dia juga main peranan besar dalam tempoh pemulihan saya,” ujarnya lagi. – KopiPlanet.com

The post Kongsi Pengalaman Sepanjang Pemulihan Dadah, Radhi OAG Tampil Dengan Radio Online appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.