Ads Top

Bagi Wanita Muslim, Ini 5 Barang Perlu Anda Bawa Bila Keluar Rumah

Persediaan untuk keluar berjalan-jalan melakukan aktiviti di luar rumah sangat diperlukan. Biasanya apa yang ada dalam beg tangan wanita seperti alat solek, kunci rumah dan beg duit. Namun sebagai wanita Muslim, persediaan yang diperlukan lebih daripada itu.

Hal ini kerana, mereka perlu membuat persiapan lebih untuk solat, lebih-lebih lagi pada musim Perintah Kawalan Pergerakan di mana banyak prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi. Justeru, Tzkrh ingin berkongsi kepada anda, lima barang yang perlu dibawa bersama apabila keluar rumah:

#1- Sejadah Dan Telekung

Sejadah dan telekung sekarang menjadi kemestian yang perlu dibawa apabila anda keluar rumah pada hujung minggu atau ingin ke mana-mana. Hal ini kerana, kebanyakan surau tidak lagi menyediakan sejadah dan telekung sebagai langkah penjagaan daripada penularan Covid-19.

#2- Stoking (bagi perempuan)

Anda juga boleh membawa stoking dalam beg tangan sebagai persediaan jika ingin solat. Dengan mudah anda dapat menutup kaki yang termasuk dalam bahagian aurat bagi wanita. Walaupun ada di antara anda yang sudah memakai sarung kaki, mungkin ia nipis atau kotor untuk di bawa solat. Justeru, stoking mampu menyelamatkan anda!

#3- Handsocks/sarung lengan

Selain itu, handsocks atau sarung lengan juga boleh membantu anda jika anda memakai baju yang lengannya tidak cukup panjang atau mudah terselak apabila solat.

#4- Botol air

Botol air, selain boleh membantu anda kekal hidrasi, ia juga boleh membantu anda saat genting seperti ketiadaan air di tandas surau yang anda singgahi. Dengan menyimpan satu botol berisi air di dalam kereta atau dalam beg, ia sudah mencukupi.

#5- Tisu muka/Pembersih solekan

Ramai yang tidak memberi perhatian apabila membersihkan muka sebelum mengambil wuduk. Bagi mereka yang memakai alat solek, kadang-kadang kesan ‘make-up’ masih lagi ada pada wajah dan boleh menyebabkan air wuduk tidak rata.

Maka tisu muka atau pembersih ‘make-up’ adalah barang yang wajib ada dalam beg anda bagi membolehkan anda benar-benar membersihkan kesan ‘make-up’ tersebut.

Kesimpulan

Seorang Muslim tetap perlu menunaikan tanggungjawab solat walau di mana mereka berada. Justeru, semoga dengan perkongsian di atas, ia dapat membantu para wanita Muslim di luar sana untuk beringat dan mempersiapkan diri ketika ingin keluar dengan membawa barang-barang yang diperlukan. Ia dapat membantu urusan yang ingin dilakukan supaya lebih lancar.

The post Bagi Wanita Muslim, Ini 5 Barang Perlu Anda Bawa Bila Keluar Rumah first appeared on Tazkirah.




No comments:

Powered by Blogger.