Lima Tahun Bercinta, Bekas Kekasih PU Riz Dedah Orang Ketiga Punca Hubungan Retak
Di sebalik kisah hangat mengenai tanggapan sesetengah pihak terhadap hubungan antara pengacara Neelofa dan PU Riz, terdapat sebuah pendedahan yang dibuat oleh seorang gadis yang dikatakan bekas kekasih kepada peserta Pencetus Ummah itu.
Dedah gadis yang bernama Amal Syahmina itu di Instagram miliknya menerusi satu surat terbuka itu menyatakan hubungannya dengan bekas kekasihnya itu berpunca kerana kehadiran orang ketiga.
“Ada yang datang dan memberitahu bahawa saya tidak cukup baik. Maka, di sinilah ia harus berhenti. Anda bukan orang yang menjalin hubungan dengannya selama lima tahun, anda bukan orang yang tumbuh begitu dekat dengan keluarga saya, dan yang paling penting bukan anda yang berjanji kepada keluarga saya dan saya bahawa anda akan menikahi saya.
“Hubungan kami diuji dengan kehadiran orang ketiga dan ia merupakan kesalahannya sendiri kerana tidak cuba mempertahankan saya. Meletakkan saya sebagai satu pilihan merupakan satu hal yang tidak wajar. Apapun, anda berhak untuk memilih apa yang anda mahu lakukan, maka, saya hormat keputusan anda dan belajar untuk bersikap baik dengannya. Saya berdamai dengannya.
“Adakah saya berharap ia akan pergi dengan cara yang berbeza? Ya. Tetapi, saya selalu mempercayai qadr Allah. Ini akan masuk akal cepat atau lambat. Beberapa saat atau bahkan tahun akan datang,” luahnya.
Dalam pada itu, gadis berkenaan juga memberitahu tujuan dia menulis surat terbuka berkenaan setelah menerima pelbagai kecaman berikutan tindakannya yang mempertikaikan seorang seorang selebriti yang telah dikaitkan dengan pendakwah berkenaan.
Ujarnya, dia mengakui bahawa perkara yang dilakukannya itu adalah satu kesilapannya sendiri dan dia tidak seharusnya menjatuhkan hukum terhadap seseorang yang cuba untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik.
“Benar, saya mengaku salah kerana bersikap ‘bitter’. Sebagai seorang Muslim, kita tiada hak untuk menghukum niat seseorang apabila sedang cuba memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.
“Seharusnya saya boleh memberikan reaksi yang lebih baik. Saya mempunyai alasan untuk berasa sedih. Apapun, saya mengaku, ianya adalah kesilapan saya,” katanya. – KopiPlanet.com
Kredit Foto: Amal Syahmina
The post Lima Tahun Bercinta, Bekas Kekasih PU Riz Dedah Orang Ketiga Punca Hubungan Retak appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: