Ads Top

3 Tanda Ikhlas Dalam Melakukan Amalan Kebaikan

Secara mudahnya, ikhlas dieertikan dengan rasa tidak mengharapkan pujian mahupun balasan daripada manusia dan dunia seisinya. Yang diharapkan hanya redha dan balasan daripada Allah sahaja. Bukan pujian manusai yang dicari tetapi pujian Allah.

Ikhlas memberi impak kepada amalan yang dilakukan. Kerana itulah sering disebut bahawa setiap amalan itu bergantung kepada niat. Jika baik niat itu, maka baiknya juga balasan bagi amalan yang dilakukan.

Namun jika niat semata-mata ingin mendapat balasan di dunia, maka itulah yang diberikan Allah dan dia tidak akan mendapat bahagiannya lagi di akhirat. Sedangkan balasan di akhirat itu lebih berguna untuk kita di sana.

“Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat…” (Surah Hud 11:15-16)

Kata orang, keikhlasan itu tidak boleh dilihat. Ia hanya urusan seseorang dengan Allah. Ikhlas atau tidak seseorang melakukan kebaikan, kita tidak dapat mengetahui dengan tepat.

Sungguhpun begitu, kita masih boleh menilai diri sendiri sejauh mana keikhlasan hati dalam perkara yang dilakukan. Menurut ilmuwan, ada tiga tanda ikhlas iaitu:

Pertama, hatinya tidak berubah meskipun dipuji atau dikecam.

Kedua, melupakan amalan kebajikan yang pernah dilakukan.

Ketiga, mengharapkan balasan amalan di akhirat kelak.

Apabila melihat kepada kriteria di atas, mungkin terbit di hati kita rasa sukar untuk ikhlas. Namun seorang mukmin itu bukanlah seorang yang lansung tidak ada kelemahan dan dosa. Pasti ada naik turunnya keikhlasan tatkala melakukan sesuatu, namun pada waktu itulah diri perlu diingatkan semula tentang redha Allah yang perlu lebih diutamakan.

Allah berfirman dalam Surah Al-A’laa, ayat 17 yang bermaksud:

ÙˆَالْآخِرَØ©ُ Ø®َÙŠْرٌ ÙˆَØ£َبْÙ‚َÙ‰ٰ

Maksudnya: “Padahal kehidupan di akhirat lebih baik dan lebih kekal.

The post 3 Tanda Ikhlas Dalam Melakukan Amalan Kebaikan first appeared on Tazkirah.




No comments:

Powered by Blogger.