(Video) Wanita Ini Kongsikan Cara Mudah Bersihkan Minyak Tumpah Dilantai, Hanya Gunakan Tepung
Pasti ramai di antara kita yang sering menggunakan mop, kain dan sebagainya untuk mengelap minyak yang tertumpah di atas lantai rumah kita.
Masalah yang sering timbul adalah, walaupun kesan kotoran itu telah tanggal daripada lantai, namun mop serta kain yang digunakan itu pasti akan melekat dengan minyak tersebut.
Justeru daripada itu, seorang Chef bernama Ashiqin Sadikun ada berkongsikan caranya membersihkan minyak yang tertumpah di lantai dengan mudah.
Cuma memerlukan dua peralatan mudah iaitu tepung serta sarung tangan, cara ini pastinya berkesan untuk anda membersihkan minyak yang tertumpah di lantai rumah anda.
Untuk mengetahui bagaimana caranya, ikuti video tutorial seperti yang dikongsikan oleh Chef ini seperti berikut:
Nak raya-raya ni masa sibuk berkemas, terpecah pulak botol minyak gamat. Kalau kat dapur tu terlepas pulak plastik minyak masak. Adoi, habis banjir lantai dengan minyak. Ni ha tips dan tutorial cara nak bersihkan minyak atas lantai. Kome pakat share la reramai. Bermanfaat ni. Chef dah try. HeheChef AsSocial Entrepreneur
Posted by Chef As – As Homemade on Thursday, 22 June 2017
Sumber: Chef As – As Homemade/Ashiqin Sadikun
The post (Video) Wanita Ini Kongsikan Cara Mudah Bersihkan Minyak Tumpah Dilantai, Hanya Gunakan Tepung appeared first on Siakap Keli.
No comments: