Ads Top

Lima Tahun Menyepi, Nazmi Irfan Kini Kembali Dengan Asmara Cinta

Pemilik nama Nazmi Irfan ini bukanlah satu nama baharu dalam industri seni nyanyian tanah air. Setelah lima tahun menyepikan diri, Nazmi kini kembali dengan single terbaharu berjudul Asmara Cinta.

Sebelum ini Nazmi, 26, pernah tampil dengan single Kau Yang Satu ciptaan Asfan Shah pada tahun 2015. Lagu itu turut dijadikan sebagai runut bunyi (OST) kepada lima buah drama termasuklah Cinta Hati Batu dan Hidayah-Mu Ramadan.

Single terbaharu Nazmi, Asmara Cinta merupakan ciptaan Nur Rasa dan Sheikh Qalam yang mempertaruhkan genre berentak pop ballad.

“Kalau sudah minat, mana boleh ditinggalkan bidang nyanyian. Ini juga yang saya rasakan saat ‘hilang’ beberapa tahun daripada industri seni. Tak tergambar dengan kata-kata bila akhirnya masih berpeluang untuk kembali ke gelanggang seni.

“Lagu Asmara Cinta juga sebenarnya besar ertinya. Saat mendapatkan sahaja lirik, saya tahu bait-bait perkataan tersebut merupakan gambaran kasih sayang sesama manusia dan dekat juga dengan ketuhanan,” katanya.

Mengambil masa tiga bulan untuk menelaah melodi dan lirik Asmara Cinta, kata Nazmi dia tidak mahu tergopoh-gapah memandangkan perlu membuat pelbagai persediaan mental dan fizikal sebelum sesi rakaman.

“Saya perlu membahagikan masa agar tidak menjejaskan pekerjaan. Menariknya semua pihak memberikan sokongan penuh saat saya menyatakan hasrat untuk kembali menyanyi. Semangat ini yang saya perlukan,” tambahnya lagi yang turut mempunyai kerjaya tetap selain daripada menyanyi.

Asmara Cinta sudah berada di semua platform digital termasuk Apple Music, Spotify, Joox, Deezer dan KkBox. – KopiPlanet.com

No comments:

Powered by Blogger.