Ads Top

Hilang Kerja Di Musim COVID-19, Kisah Inspirasi Bekas Pramugari Dari Di ‘Awan Biru’ Kini “Polish” Untuk Sara Hidup

pramugari polish kereta

‘Dicampak’ ke mana pun boleh hidup. Mungkin inilah gambaran sesuai buat bekas pramugari sebuah syarikat penerbangan, Nazira Azenan.

Pernah melakukan pelbagai pekerjaan dalam bidang hospitaliti termasuk di beberapa buah hotel sebelum menjadi pramugari, wanita itu kini selangkah ke hadapan dengan melakukan pekerjaan yang lebih mencabar, iaitu membangunkan perusahaan kecantikan kenderaan bersama suaminya.

Pun begitu, menurut Nazira, pada awalnya dia agak malu untuk bertemu orang kerana risau kelihatan comot dan berpeluh. Tambahnya, tahap percakapannya juga berkurang sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tempoh hari.

“Saya ni sangat malu nak jumpa orang tambah-tambah kalau tengah comot dan berpeluh, bukan apa takut berbau. Risau saya, takut orang tak kenal lagi setelah lama tak letak mekap kat muka.

“Kadang-kadang kalau pelanggan datang kedai pun saya kalau boleh nak menyorok bawah meja. Tahap percakapan saya jadi kurang sejak PKP tu,” katanya.

“Saya perasan selepas beberapa lama tak keluar rumah, saya nak pesan makan kat kedai pun saya dah tak reti bercakap. Tapi ada bagusnya dari saya bercakap bukan bukan. Dulu waktu fly, gossip banyak, asyik merepek je saya.”

Walaubagaimanapun kongsi Nazira, dia menyedari hikmah atas apa yang berlaku dengan bersyukur.

“Saya mula menyenaraikan kebaikan dan keburukan antara menjadi pramugari dan pengusaha kosmetik kenderaan. Saya agak risau apa yang berlaku di kemudian hari.

“Senarai itu seimbang dan adil. Jadi saya percaya, semakin kita bersyukur, semakin kita nampak hikmah atas semua yang terjadi.”

Nazira bersama rakannya.

Tambah Nazira, selain dirinya ada lagi rakan-rakan seperjuangan yang senasib dengannya turut mencari jalan lain untuk mencari rezeki.

“Saya sangat terkejut dengan kunjungan juruterbang saya dan jurutera kapal terbang di syarikat lama. Rindu dengan kawan-kawan seperjuangan yang masing masing ikhtiar cara sendiri untuk meneruskan hidup.

“Kawan saya Ben buat bakery. Nak tempah cheese cake atau cheese tart yang gebu boleh pesan dengan dia Alif Saad

“Juruterbang saya ni dulu sangat terkenal. Kita pergi flight je dia suka tanya soalan pertolongan cemas dan keselamatan. Takut kita. Kapten Faridz jual air lemonade yang sangat menyegarkan untuk musim panas macam sekarang. Boleh hubungi dia untuk tempah Faridz Abu Bakar.

Pesan beliau, sokongan antara satu sama lain amat penting ketika waktu sukar.

“Percayalah, dalam situasi sekarang, kita kena sokong satu sama lain. Sokong lah barang tempatan dan kawan-kawan yang sedang menapak untuk mencari rezeki ni. Tak rugi. Paling tidak bagi la kata semangat.

“Rezeki itu adalah ujian, mewahkan bukan bererti dimuliakan, disempitkan bukan bererti dihina.

Dua kunci yang meluluskan kita adalah syukur dan sabar,” katanya.

Ceramic Coating 9H 3Layer from RM299++ on promotion from 08/08/2020-15/08/2020(Limited Time only)Location:Taman Dutamas, CherasFB page: GarrageKetzzInsta: KetzzdetailingFor more info please direct whatsapp https://ift.tt/2YgBOhT

Posted by GarrageKetzz on Sunday, 9 August 2020

Sumber: Nazira Azenan

The post Hilang Kerja Di Musim COVID-19, Kisah Inspirasi Bekas Pramugari Dari Di ‘Awan Biru’ Kini “Polish” Untuk Sara Hidup appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.