(Video)“Terkenal Bagi Pelancong China & Korea,” Lelaki Ini Kongsi Keindahan Pulau Mengalum Pukau Pandangan
Sejak PKP masuk kepada fasa pemulihan, ramai diantara kita yang sudah pun merancang untuk membawa seisi keluarga keluar berjalan-jalan makan angin.
Manakan tidak, setelah beberapa bulan terkurung di dalam rumah, niat untuk bebas itu pastinya membuak-buak. Pun begitu, pasti masih ramai lagi yang tidak tahu untuk pergi ke mana bukan?
Kepada penggemar suasana laut, pulau dan pantai, seorang pengguna Twitter bernama @mdqhairol ada berkongsikan tentang sebuah pulau yang cantik yang terletak di Pantai Barat Sabah. Hanya 1 jam 15 min perjalanan dari jeti Kota Kinabalu, pulau ini dikenali dengan nama Pulau Mengalum. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:
Dtg semula ke pulau paling cantik di sebelah Pantai Barat Sabah 😚 Jarang lokal dtg sini tp sgt terkenal bg tourist China & Korea. Sedikit jauh,1 jam 15 min perjalanan dr jeti Kota Kinabalu. Beautiful beaches & clearer water. Inilah Pulau Mengalum @KKCity @MyMOTAC @sabahtourism pic.twitter.com/SqfQmpfZq4
— Md Qhairol (@mdqhairol) July 6, 2020
Pulau ni mmg ada resort tapi as now 5 July 2020 belum fully operate. Jadi kena amik pakej day trip sahaja (Boat,lunch & fishing/snorkeling). Dtg Jesselton Point (Jetty) boleh tanya dan survey dekat kaunter tour kat situ. Sgt best sbb tak ramai org now so the island is yours 😂 pic.twitter.com/O6xRH1SHwC
— Md Qhairol (@mdqhairol) July 6, 2020
Harga tiket penerbangan skrng yg mahal dari kebiasaannya (Semenanjung/Swk ke Sabah) atau mungkin sbb tourist tak boleh masuk dlm negara lg jd sebab knp org tak ramai dtg sini lagi. Tour/Agent company pun banyak tutup. Sedih tgk kaunter dekat jeti hanya tinggal 3/4 yang buka. pic.twitter.com/v1mUIhMDt5
— Md Qhairol (@mdqhairol) July 6, 2020
Mcm biasa, all photos & videos amik guna iphone sahaja. Snorkeling activity pun amik guna iphone dgn waterproof casing bila dalam air 😅 Tempoh masa perjalanan dan berada dekat pulau ni dari 8am to 3pm. pic.twitter.com/FCpVkz3ohu
— Md Qhairol (@mdqhairol) July 6, 2020
Selebihhnya kalau nak tgk lebih banyak gambar dan video boleh visit my instagram @mdqhairol check it out dekat highlight story “Pulau Mengalum”. Jom support our local attractions place to reboot entirely our tourism industry cc: @NancyShukri 🤝 pic.twitter.com/YAMXBDZtk6
— Md Qhairol (@mdqhairol) July 6, 2020
Last 💙 pic.twitter.com/gMLfa2Efq6
— Md Qhairol (@mdqhairol) July 7, 2020
Gambaran yang diberikan lelaki ini sudah pastinya membuatkan ramai yang teruja untuk jejaki sendiri kawasan cantik di Sabah ini. Walaupun begitu, bukan di sini sahaja tempat yang boleh dikunjungi bagi mendapatkan ‘view’ yang indah, namun banyak lagi tempat di Malaysia boleh dikunjungi.
Sambil memulihkan kembali ekonomi Malaysia dari sudut pelancongan, percutian bersama keluarga dan rakan-rakan sudah pasti memberikan makna yang besar. Dan sudah pastinya mahukan harga yang berpatutan dan murah sekiranya hendak bercuti. Jadi jangan risau kerana anda semua boleh membuat tempahan pelbagai tempat percutian di SINI dan menikmati diskaun melalui kod SiakapTC.
Antara syarat yang ditetapkan ialah seperti perlu berbelanja sebanyak RM200 untuk menikmati potongan harga sebanyak RM15 dan diskaun ini bermula pada 8 Julai sehingga 31 Disember 2020. Jangan dilupakan juga, diskaun ini hanya boleh ditebus secara ‘one time per user’.
Jadi apa tunggu lagi, bawalah keluarga dan ajak rakan-rakan anda bercuti sambil menikmati diskaun yang ditawarkan ini.
Sumber: @mdqhairol
The post (Video)“Terkenal Bagi Pelancong China & Korea,” Lelaki Ini Kongsi Keindahan Pulau Mengalum Pukau Pandangan appeared first on Siakap Keli.
No comments: