TERKINI: 13 Kes Baharu Covid-19 Termasuk 5 Kes Tempatan Dan Lagi 12 Kes Pulih Dilaporkan Hari Ini
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 12 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih dibenarkan discaj dari wad adalah sebanyak 8,511 kes bersamaan 97.87%.
Dr Noor Hisham juga memaklumkan bahawa terdapat 13 kes baharu yang telah dilaporkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,696 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 64 kes. Mereka telah diasingkan dan diberikan rawatan di hospital.
Terkini #covid19malaysia, 10 Julai
Kes sembuh= 12
Jumlah kes sembuh= 8,511
Kes positif= 13 kes
(kes import= 8, kes tempatan= 5)
Jumlah positif= 8,696 kes
Kes kematian=0
Jumlah kes kematian= 121 kes
Kes dirawat di ICU= 2
Bantuan Alat Pernafasan= 2 pic.twitter.com/yPq5Nqmiyw— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) July 10, 2020
Ingin dimaklumkan daripada 13 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini, 8 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan 6 warganegara Malaysia dan 2 bukan warganegara iaitu pemastautin tetap. Daripada 5 kes penularan di dalam negara, 3 kes adalah di kalangan warganegara dan dua kes adalah di kalangan bukan warganegara.
Selepas 2 hari berturut-turut kes tempatan mencatatkan sifar kes positif, terdapat 5 kes baharu dilaporkan pada hari ini.
Ia melibatkan 3 kes di Kuala Lumpur dan 2 di Sarawak. pic.twitter.com/pmrAYw25w0
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) July 10, 2020
Tambahnya lagi, tiada kes kematian yang dilaporkan pada hari ini sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes kematian kekal sebanyak 121 bersamaan 1.39%.
Sidang Media: Perkembangan COVID-19 Di Malaysia
Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia
Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Friday, July 10, 2020
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
The post TERKINI: 13 Kes Baharu Covid-19 Termasuk 5 Kes Tempatan Dan Lagi 12 Kes Pulih Dilaporkan Hari Ini appeared first on Siakap Keli.
No comments: