Ads Top

(Video) Dah 8 Bulan Dijual, Unta Setia Rentas Padang Pasir Sejauh 100 Kilometer Untuk Kembali Kepada Tuannya

Dipercayai terlalu merindui pemilik lamanya, seekor unta dilaporkan melakukan perjalanan sejauh 100 kilometer melalui padang pasir untuk kembali kepada bekas pemiliknya itu, lapan bulan selepas dijual.

Kisah unta yang setia dan sanggup menghabiskan masa berhari-hari menyeberangi padang pasir tandus di Wilayah Autonomi Mongolia Dalam China Utara itu disiarkan oleh media China baru-baru ini.

Gambar: Oddity Central

Menurut Oddity Central, haiwan yang cedera itu dilihat berjalan melalui padang pasir awal bulan ini oleh seorang penggembala lain yang  menguruskan keperluannya ketika berusaha mencari pemiliknya.

Berita mengenai penemuan unta itu kemudian sampai ke pemiliknya yang bergegas mengambilnya namun selepas mendengar mengenai perjalanan sukar haiwan itu, bekas pemilik menginginkannya kembali.

Gambar: Oddity Central

Bekas pemilik unta itu yang dikenali, Temur dan isterinya menjual haiwan itu kepada petani lain pada Oktober 2019. Lelaki itu membawanya pulang ke rumah sejauh 100 kilometer dari situ dan membesarkan ia di kampung halamannya.

“Bila kami mendengar mengenai berita itu, kami ingin membawanya kembali namun pemiliknya sekarang telah menangkapnya  kembali dan membawa ke tempatnya.

Gambar: Oddity Central

“Oleh itu, kami menghubungi pembeli dan memutuskan untuk menggantikan unta itu dengan unta betina berusia tiga tahun. Setelah kami mendapatkannya semula, saya tertekan setelah mendapati bahawa terdapat banyak kesan luka di badannya yang mungkin dialami semasa berjalan di padang pasir,” kata isteri Temur.

Tambahnya, mereka tidak lagi akan menjual unta itu kepada orang lain kerana ia merupakan binatang pintar.

“Ia akan bebas sepanjang hidupnya,” ujarnya lagi.

Sumber: Oddity Central

The post (Video) Dah 8 Bulan Dijual, Unta Setia Rentas Padang Pasir Sejauh 100 Kilometer Untuk Kembali Kepada Tuannya appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.