Ads Top

Solat Jumaat 2 Sesi Bergantung Kepada Pentadbiran Agama Negeri

Seperti yang telah diputuskan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI), solat Jumaat secara umumnya diadakan dalam satu sesi sahaja.

Hal tersebut akan diikuti di peringkat Wilayah Persekutuan. Walau bagaimanapun, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, pentadbiran agama negeri masih boleh menentukan sama ada solat Jumaat dua sesi diperlukan atau tidak di negeri masing-masing.

Selain itu, ruang solat juga tidak terhad kepada dewan utama solat sahaja malah terbuka di kawasan masjid yang lain seperti ruang tepi masjid atau kawasan berkhemah yang ada di perkarangan masjid.

Sumber:
Bernama




No comments:

Powered by Blogger.