Ads Top

Sahkah Solat Apabila Memakai Minyak Wangi Beralkohol

Pemakaian minyak wangi adalah sebahagian daripada langkah perapian diri, terutama jika ingin keluar dari rumah untuk ke tempat kerja, ingin bersiar-siar atau ingin menghadiri majlis-majlis tertentu. Ia dipakai bagi mengelakkan bau yang tidak menyenangkan daripada tubuh atau sekadar ingin membuat diri terasa lebih segar dan selesa.

Hukum memakai wangian dalam Islam adalah sunat bagi kaum lelaki. Manakala bagi kaum wanita, mereka masih boleh memakai wangian dengan syarat ia mestilah tidak terzahir baunya, dalam erti kata lain bau yang tidak jelas sehingga menarik perhatian. Walau bagaimanapun, jika wangian yang dipakai wanita kuat dan jelas baunya, maka itu sudah termasuk dalam hal yang haram.

Umumnya wangian adalah perkara yang biasa digunakan dalam kehidupan sehingga dibawa ke dalam solat. Namun adakah solat itu sah jika pada pakaian terdapat kesan minyak wangi atau baunya.

Kebiasaanya, minyak wangi yang dijual pada masa sekarang mempunyai kandungan alkohol. Ia berfungsi menyatukan bahan-bahan yang ada dalam alkohol, serta menyerakkan bau wangian ke udara. Adakah alkohol yang terdapat dalam minyak wangi ini boleh membuatkan solat tidak sah?

Secara mudahnya, alkohol boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu alkohol yang terhasil daripada proses pembuatan arak dan alkohol sintetik yang dihasilkan melalui campuran bahan kimia.

Dalam hal ini, alkohol sintetik boleh digunakan dalam solat kerana ia bukan najis manakala alkohol daripada arak adalah haram dan dianggap sebagai najis. Justeru, minyak wangi yang terdiri daripada alkohol sintetik harus digunakan.

Sembahyang seseorang juga sah walaupun baju yang dipakai atau ada bahagian badan yang disembur dengan minyak wangi daripada alkohol sintetik.

Rujukan:
Mufti Wilayah Persekutuan




No comments:

Powered by Blogger.