Kisah Warga Emas Habiskan Sisa Hidup Kayuh Beca, Demi Cari Duit Untuk Pelajar Miskin Di Kampungnya Ke Sekolah
Seorang penarik beca diangakat sebagai ‘Unsung Heroes’ kerana jasa beliau memberi bantuan kewangan kepada kanak-kanak miskin untuk mendapatkan pelajaran.
Bukanlah seorang jutawan tetapi hanya seorang penarik beca yang berjaya mengumpul dan menyumbangkan sebanyak 350,00 yuan yang dianggarkan sebanyak RM 210,000 membantu lebih 300 pelajar miskin untuk melanjutkan pelajar di sekolah.
Wira tersebut yang dikenali sebagai Bai Fangli telah meninggal dunia di usia 93 tahun pada 2005.
Bai Fangli telah menghabiskan 20 tahun di usia yang lanjut untuk membantu dan mengumpul dana untuk disumbangkan kepada pelajar miskin.
Khidmatnya bermula pada tahun 1987 ketika berusia 74 tahun. Sebelum itu beliau bersedia untuk bersara dan menikmati hari tua. Tetapi selepas balik ke kampung halamannya, dan melihat ramai kanak-kanak bekerja di ladang membuatkan dirinya risau akan masa hadapan mereka.
Anak perempuan lelaki tersebut, Bai Jinfen berkata,” Dia bertanya mengapa kanak-kanak tidak bersekolah. Dan saudara kami memberitahu mereka terlalu miskin untuk membayar yuran sekolah. Ayah saya bimbang dan dia memutuskan untuk menyumbangkan simpanannya sebanyak 5000 yuan kepada sekolah di kampung.”
Sebaik sahaja kembali ke Tianjin, Fangli kembali bekerja dan semua hasil digunakan untuk membantu pelajar yang memerlukan.
Anak-anaknya berusaha untuk mengubah fikiran Fangli untuk berehat dirumah tetapi beliau tetap meneruskan niatnya.
Jin Feng mengatakan bapanya akan keluar pada waktu subuh dan tidak akan kembali sehingga larut malam. Hasil kutipan yag diperoleh iaitu sebanyak 20 hingga 30 yuan setiap hari akan disimpannya di tempat yang selamat.
Salah satu sebab mengapa Fangli membantu kanak-kanak untuk mendapatkan pelajaran adalah kerana dirinya seorang buta huruf dan berharap genersi baru dapat mengubah nasib mereka dengan pendidikan.
Dalam meningkatkan lagi pendapatan, Fanli sanggup berpindah di sebuah bilik berhampiran Stesen Kereta Api Tianjin. Dia akan menunggu pelanggan hampir 24 jam setiap hari dan hanya makan makanan yang murah dan memakai pakaian terpakai yang dijumpainya.
Xu Xiuxiang seorang pekerja Tabung Sokongan Pendidikan berkata ” Dia tidak pernah lupa untuk memberi wang kepada sekolah dan sering mendesak kami untuk menerima duitnya. Setiap kali dia memberikan wang kepada sekolah, reaksi Feng sangat mengharukan dan mengatakan dia telah menyelesaikan misinya lagi.”
Pada tahun 2001, dengan membawa becanya ke Sekolah Menangah Tianjin, Feng memberi sumbangannya yang terakhir untuk pelajar sekolah tersebut. Setelah menjangkau usia 90 tahun, dia memberitahu pelajar bahawa dia tidak dapat bekerja lagi dan ianya telah membuatkan semua pekajar dan guru menitikan air mata.
Nasihat terakhirnya mengharapkan para pelajar dapat belajar bersungguh-sungguh dan mendapatkan pekerjaan yang baik, dan mengikuti jejak langkahnya memberi sumbangan kepada negara
Perjalanan panjang untuk menyokong dan membantu para pelajar selama dua dekad telah berkahir.
Pada tahun 2005, Bai Fangli telah meninggal dunia selepas disahkan menghidap barah paru-paru. Dalam menghargai jasa beliau terhadap kanak-kanak di Tianjin, sebuah tugu peringatan telah dibina oleh penduduk Tianjin dalam memperingati beliau sebagai wira penduduk.
Sumber: chin.org
The post Kisah Warga Emas Habiskan Sisa Hidup Kayuh Beca, Demi Cari Duit Untuk Pelajar Miskin Di Kampungnya Ke Sekolah appeared first on Siakap Keli.
No comments: