Aktiviti Berkunjung Ketika Aidiladha Masih Dibenarkan, Mungkin Boleh Berubah Ikut Keadaan Semasa
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa kerajaan setakat hari ini tidak menetapkan untuk menyekat pengunjung ke rumah ketika perayaan Aidiladha.
Menurutnya, setakat ini kerajaan tidak menetapkan untuk menyekat jumlah pengunjung yang ingin berkunjung ke rumah pada hari-hari biasa. Justeru, tetapan jumlah pengunjung yang ingin berkunjung ke rumah pada Hari Raya Aidiladha juga turut terpakai seperti hari-hari biasa.
“Ianya berubah mengikut keadaan situasi semasa. Setakat hari ini belum lagi. Sebelum ini kita tidak menyekat pengunjung datang ke rumah pada hari-hari biasa. Malam nanti mungkin ramai datang ke rumah kita nak berkunjung. Tapi tiba-tiba raya haji kita tetapkan lain pula.
“Jadi, kita konsisten. Kalau hari biasa boleh berkunjung ke rumah, Raya Haji pun kita tidak menetapkan untuk menyekat,” ujarnya.
Walaupun begitu, beliau menegaskan bahawa sekiranya terdapat peningkatan kes, kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengubah SOP dan polisi yang telah ditetapkan.
“Situasi mungkin berubah dalam satu hari dua hari kalau dinasihatkan oleh Kementerian Kesihatan. Kalau ada peningkatan kes secara mendadak kita akan mengubah SOP dan polisi kita,” katanya.
Sidang media perkembangan terkini PKPP | 23 Julai 2020
[LANGSUNG] – Sidang media perkembangan terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 23 Julai 2020Posted by Bernama TV on Wednesday, 22 July 2020
Sumber: Bernama TV
The post Aktiviti Berkunjung Ketika Aidiladha Masih Dibenarkan, Mungkin Boleh Berubah Ikut Keadaan Semasa appeared first on Siakap Keli.
No comments: