TERKINI: Kes Kematian Kekal Sifar Hari Ini Dengan Hanya 20 Kes Positif Baharu
Sehingga 2 Jun 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 20 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 7,877 kes.
Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,292 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.
Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu sidang media berkaitan Perkembangan Terkini Covid-19 di Malaysia sebentar tadi.
Sehingga kini, seramai enam kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, dua kes memerlukan bantuan pernafasan.
Justeru itu, dimaklumkan bahawa tiada kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 115 kes (1.46 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Sidang Media: Perkembangan COVID-19 Di Malaysia
Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia
Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Tuesday, June 2, 2020
Sumber: Sidang media KKM
The post TERKINI: Kes Kematian Kekal Sifar Hari Ini Dengan Hanya 20 Kes Positif Baharu appeared first on Siakap Keli.
No comments: