Ads Top

Indonesia Batal Hantar Jemaah Haji Tahun Ini

Republik Indonesia telah memutuskan tidak ada jemaah haji negara itu yang dibenarkan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada tahun ini.

Kenyataan itu dibuat oleh Menteri Hal Ehwal Agama Indonesia, Fachrul Razi ekoran situasi pandemik Covid-19 yang melanda dunia, termasuk di Arab Saudi.

Menurut beliau, tidak ada yang terkecuali daripada keputusan ini sama ada yang menggunakan kuota haji daripada pihak pemerintah atau jemputan haji khusus oleh pihak Arab Saudi.

Sungguhpun Kerajaan Arab Saudi sudah melonggarkan peraturan perintah kawalan pergerakan serta membuka kembali sektor ekonomi memasuki bulan Jun, namun kerajaan itu juga masih melarang kemasukan jemaah haji dari mana-mana negara.

Fachrul menyatakan bahawa pihak pemerintah besar kemungkinan tidak mempunyai cukup waktu untuk melakukan persiapan terutamanya dalam perjalanan dan perlindungan jemaah haji.

Keberangkatan semua jemaah haji pada tahun ini akan ditunda ke tahun hadapan.




No comments:

Powered by Blogger.