Kelas Memandu Dibuka Semula 1 Jun
Institut memandu dan latihan serta proses perlesenan pemandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dibenarkan beroperasi semula mulai 1 Jun ini.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kelulusan tersebut dipersetujui oleh Mesyuarat Khas Menteri-Menteri, hari ini.
“JPJ telah menetapkan SOP selaras dengan ketetapan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan juga Majlis Keselamatan Negara (MKN) seperti pemeriksaan suhu, nyah kuman di luar pejabat, nyah kuman di kenderaaan setiap kali sebelum atau selepas digunakan.
“Memastikan kapasiti itu ada penjarakan sosial, begitu juga dengan topeng muka yang perlu dipakai oleh pengajar dan pelajar memandu tersebut,” katanya dalam satu sidang media, hari ini.
Menurut Ismail, pembukaan semula operasi tersebut adalah dari pukul lapan pagi hingga empat petang.
Kenyataan tersebut boleh dirujuk pada minit ke 16.
Sidang Media (Non-Health) oleh Menteri Kanan (Keselamatan), YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob.
Sidang Media (Non-Health) oleh Menteri Kanan (Keselamatan), YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob (30 May 2020)
Posted by RTM – Radio Televisyen Malaysia on Friday, 29 May 2020
Sumber: RTM
The post Kelas Memandu Dibuka Semula 1 Jun appeared first on Siakap Keli.
No comments: