385 PATI Positif COVID-19 Termasuk Seorang Kakitangan Di Depot Tahanan Semenyih
Putrajaya, 30 Mei – Seramai 385 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk seorang kakitangan di tiga depot tahanan disahkan positif COVID-19 setakat hari ini.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, saringan telah dijalankan di Depot Tahanan Bukit Jalil, Semenyih dan KLIA.
“Setakat hari ini, keseluruhan 4807 pati dan kakitangan di tiga depot telah menjalani saringan COVID-19. Dari jumlah disaring, 385 individu didapati positif termasuk seorang kakitangan daripada depot tahanan Semenyih manakala 37 lagi masih menunggu keputusan.
Kesemua yang positif dihantar ke MAEPS Serdang untuk rawatan. 26 pati telah didiscaj, katanya dalam sidang media sebentar tadi.
Ucapan mengenai pati bermula pada minit ke-18.
Sidang Media (Non-Health) oleh Menteri Kanan (Keselamatan), YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob.
Sidang Media (Non-Health) oleh Menteri Kanan (Keselamatan), YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob (30 May 2020)
Posted by RTM – Radio Televisyen Malaysia on Friday, 29 May 2020
385 individu termasuk seorang kakitangan di Depoh Tahanan Imigresen Semenyih didapati positif #COVID-19 – @IsmailSabri60 pic.twitter.com/HW2W1WRieQ
— BERNAMA (@bernamadotcom) May 30, 2020
The post 385 PATI Positif COVID-19 Termasuk Seorang Kakitangan Di Depot Tahanan Semenyih appeared first on Siakap Keli.
No comments: