COVID-19: Kes Baharu Turun Berbanding Semalam, 30 Kes Sahaja Hari Ini – KKM
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 30 kes baharu jangkitan COVID-19 dicatatkan setakat hari ini.
Ketua pengarahnya, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, angka tersebut menjadikan jumlah keseluruhan terkini adalah sebanyak 7,762 kes.
Selain itu, terdapat 95 kes sembuh baharu dicatatkan, menjadikan jumlah kumulatif sembuh adalah sebanyak 6,330 kes.
Dalam pada itu, tiada kematian terbaru direkodkan dan angka kematian kekal 115 kes.
Sidang Media: Perkembangan COVID-19 Di Malaysia
Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia
Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Saturday, 30 May 2020
Sumber: KKM
The post COVID-19: Kes Baharu Turun Berbanding Semalam, 30 Kes Sahaja Hari Ini – KKM appeared first on Siakap Keli.
No comments: