“Tinggal Dahulu Buat Sementara Waktu”, Kerajaan Tarik Semula Arahan Kosongkan Barang Pelajar Di Asrama -Ismail Sabri
Putrajaya, 30 Mei – Kerajaan melarang para pelajar melakukan rentas negeri bagi mengambil barangan peribadi mereka yang ditinggalkan di bilik dan dorm di asrama sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran rentas negeri hanya dibenarkan untuk kes kecemasan tertentu sahaja. Malah, arahan untuk mengosongkan dorm atau asrama turut ditarik balik pihak kementerian buat masa ini.
“Seperti saya katakan, pergerakan rentas negeri tak dibenarkan kecuali yang baru dibuka tadi, kes kecemasan dan kes suami isteri terpisah
“Oleh itu mereka (pelajar) tidak dibenarkan. Saya mendapat makluman dari pihak kementerian bahawa arahan mengosongkan barang di dorm adalah dibatalkan.
“Jadi mereka tak perlu tergesa-gesa ke kampus mengambil barang mereka. Tinggal dahululah buat sementara waktu. Sampai masa kami akan benarkan, tapi bukan sekarang,” katanya.
Ucapan bermula pada minit 30.19.
Sidang Media (Non-Health) oleh Menteri Kanan (Keselamatan), YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob.
Sidang Media (Non-Health) oleh Menteri Kanan (Keselamatan), YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob (30 May 2020)
Posted by RTM – Radio Televisyen Malaysia on Friday, 29 May 2020
Sumber: RTM
The post “Tinggal Dahulu Buat Sementara Waktu”, Kerajaan Tarik Semula Arahan Kosongkan Barang Pelajar Di Asrama -Ismail Sabri appeared first on Siakap Keli.
No comments: